Pakai niqab tanpa pelitup hidung dan mulut adalah salah

May 22, 2021 · Isu semasa

Wanita berniqab yang tidak memakai pelitup hidung dan mulut adalah salah di bawah Akta 342, tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan Pertahanan itu berkata, hal ini disebabkan pemakaian pelitup muka di tempat awam adalah diwajibkan di bawah akta berkenaan dan mereka yang berniqab sama sekali tidak boleh menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak memakai pelitup muka.

“Jadi kalau memakai face shield dan niqab tetapi tidak ada pelitup muka di dalamnya, ianya tetap salah di bawah Akta 342.

“Jika memakai pelindung muka juga, pemakaian pelitup muka tetap wajib. Jika pakai pelindung muka dan niqab tapi tidak pakai pelitup muka, ia tetap salah,” katanya pada sidang media khas hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Mohd. Said Ibrahim berkata kertas siasatan terhadap selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor sekali lagi dibuka.

Ia susulan selepas tular gambarnya yang mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis baru-baru ini.

Sementara itu, berhubung isu “double face mask”, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan ia tidaklah wajib seperti mana pemakaian pelitup muka selapis.

“Jadi pemakaian ‘double face mask’ digalakkan tapi bukan diwajibkan, tapi pakai pelitup muka adalah wajib sekurang-kurangnya satu pelitup muka.

“Jadi kalau kita berada di tempat sesak dan berisiko tinggi, adalah amat digalakkan untuk memakai double face mask dan face shield,” katanya hari ini.

Sebelum ini, menerusi eksperimen yang sudah dilaksanakan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS), pemakaian double fask mask mampu mengurangkan lagi risiko pemakai kepada pendedahan virus.

Menerusi ujian makmal CDC itu, pendedahan kepada aerosol yang berpotensi menular, boleh menurun sekitar 95 peratus apabila subjek memakai pelitup muka yang dipasang dengan ketat.

Mulai 1 Ogos tahun lalu, pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum.

Orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan itu.

Berita berkaitan
Rumah lelong naik 20% : laporan
July 11, 2023· Isu semasa
Ismail Sabri balas Mat Maslan, buat unjuran tanpa fakta semasa PRU-15
June 10, 2023· Politik
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023· Isu semasa
UMNO perlu belajar hidup ‘kahwin paksa’ dalam kerajaan campuran
May 1, 2023· Politik
Popular
Mahkamah diberitahu 1MDB rancang bayar hutang menggunakan hasil IPO
May 28, 2021
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok