Pahang tampil perjelas isu suntik pekerja Genting Highlands

April 29, 2021 · Isu semasa

Selepas beberapa hari tuduhan dilemparkan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhubung pemberian vaksin kepada pekerja Genting Highlands, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang pada Khamis akhirnya tampil memberi penjelasan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Pahang, jawatankuasa itu menjelaskan pemberian vaksin kepada pekerja industri perhotelan dibuat atas beberapa faktor, termasuk kluster membabitkan Genting Highlands, dan pertambahan jumlah vaksin yang diterima negeri itu.

Jawatankuasa itu berkata, pemberian vaksin kepada 3,036 individu daripada sektor perhotelan termasuk ‘housekeepers’, pencuci dan penyelenggaraan membabitkan enam daerah di Pahang dan bukan hanya pekerja Genting Group.

“Ia juga sebagai usaha menggerakkan sektor ekonomi dan sektor sokongan negeri iaitu pelancongan dan pengangkutan,” kata kenyataan itu.

Jawatankuasa itu turut menegaskan inisiatif berkenaan juga hanya dibuat selepas 32,156 petugas barisan hadapan kesihatan dan perkhidmatan penting yang disasarkan sebagai penerima vaksin fasa pertama oleh kerajaan Persekutuan, selesai menerima vaksin mereka.

Jawatankuasa yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak juga berkata, Pahang menerima 5,319 dos tambahan dalam fasa pertama yang disasarkan kepada petugas barisan hadapan selain Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk guru komobid dan sebagainya, dengan 3,820 guru menerima vaksin itu dalam dua fasa berbeza.

Jawatankuasa berkenaan memaklumkan sebanyak 5,600 dos tambahan vaksin Sinovac pula diterima untuk penerima daripada sektor pengangkutan, pihak berkuasa tempatan (PBT), perkhidmatan sokongan klinik (PSK) dan perkhidmatan sokongan hospital (PSH).

Beberapa hari lalu, pelbagai pihak ‘menyerang’ kerajaan kerana didakwa mendahulukan pekerja perhotelan di Genting Highlands berbanding petugas barisan hadapan.

Menteri Penyelaras Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, yang turut dituduh memberi arahan itu, terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan memberi arahan suntikan kepada pekerja Genting Highlands.

Berita berkaitan
Kemalangan keretapi ERT langgar 14 ekor lembu, semua mangsa terselamat
November 3, 2023· Isu semasa
Dakwa ada negeri minta wang bayar gaji, Sanusi minta Anwar henti berbohong
October 7, 2023· Politik
Siapa nak percaya cakap Zahid lagi? soal PAS Pahang
October 6, 2023· Politik
Mokhzani kekal Presiden MAM, mahu tangani lumba haram
October 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok