Mokhzani kekal Presiden MAM, mahu tangani lumba haram

October 5, 2023 · Isu semasa

Tan Sri Mokhzani Mahathir mempertahankan jawatan presiden untuk menerajui Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) buat penggal kedua berturut-turut pada pemilihan sesi 2023 hingga 2026.

Pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk sukan permotoran negara itu menyaksikan Mokhzani meraih 13 undi ahli gabungan untuk menewaskan legenda sukan permotoran dua roda negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini dengan lima undi dalam pertandingan satu lawan satu, lapor Bernama.

Mokhzani, yang bersyukur dapat mengekalkan kerusi nombor satu MAM, berikrar untuk membasmi perlumbaan haram lebih-lebih lagi selepas insiden perlumbaan drag pada ‘Malaysia Drag Bike National ET Record Championship Road Tour 2023’ di Pekan, Pahang, bulan lepas.

“Isu pembasmian perlumbaan haram bukan terletak pada MAM sahaja namun kita perlu bekerjasama semua dengan pihak termasuk ahli gabungan, Kementerian Belia dan Sukan, Pejabat Pesuruhjaya Sukan, polis dan majlis daerah di setiap negeri.

“Semua pihak perlu bekerjasama dalam memastikan perlumbaan dapat berlangsung dengan selamat baik kepada peserta mahupun penonton,” katanya pada sidang media hari ini.

Perlumbaan berlangsung di Pekan itu bertukar tragedi selepas seorang pelumba drag, Muhammad Hattem Rashdi, 22, meninggal dunia apabila motosikal ditungganginya terbabas pada hari pertama saingan.

Mokhzani juga berkata pihaknya akan mengutamakan lebih banyak program di akar umbi bagi mencungkil bakat baharu sukan permotoran negara.

Pada masa sama, katanya, MAM akan mencari jalan dalam menarik lebih banyak lagi minat pihak swasta untuk melabur dalam sukan permotoran bagi memastikan ia dapat berkembang dengan baik.

Sementara itu, penyandang Timbalan Presiden MAM, Datuk Mohd Rhiza Gahzi pula memperoleh 13 undi sekali gus mengekalkan jawatan dengan menewaskan Kuan Meng Heng yang mendapat lima undi.

Jawatan Setiausaha Agung juga menyaksikan S. N. Nanthan masih diberi kepercayaan ahli gabungan yang memberinya 13 undi sekali gus mengatasi lawannya, Adien Yen Khalid selepas hanya mendapat lima undi.

Prinsipal pasukan RNF MotoGP Racing Team, Datuk Razlan Razali juga masih memegang jawatan bendahari walaupun berkongsi sembilan undi dengan seorang lagi calon, Jed David, sebelum Mokhzani menggunakan kuasanya memilih Razlan untuk penggal kedua berturut-turut.

Berita berkaitan
Kemalangan keretapi ERT langgar 14 ekor lembu, semua mangsa terselamat
November 3, 2023· Isu semasa
Dakwa ada negeri minta wang bayar gaji, Sanusi minta Anwar henti berbohong
October 7, 2023· Politik
Siapa nak percaya cakap Zahid lagi? soal PAS Pahang
October 6, 2023· Politik
PN sahkan letak calon bertanding di PRK DUN Pelangai
August 25, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Ramadan 2021 penuh dugaan, umat Islam Malaysia tetap sabar diuji
May 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok