Dakwa ada negeri minta wang bayar gaji, Sanusi minta Anwar henti berbohong

October 7, 2023 · Politik

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta supaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti meneruskan pembohongannya demi semata-mata untuk mendapat sokongan dalam kempen politik.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu menggelar Anwar sebagai “buka mulut sahaja, bohong” dan mencabarnya supaya mendedahkan negeri mana yang meminta wang kepada kerajaan pusat untuk membayar gaji kakitangan awam negeri.

“Semua orang tahu dia buka mulut, dia bohong. Kelmarin dia mai di Pelangai ni, dia kata ada negeri mai duk minta duit gaji nak bayar gaji kakitangan awam dekat dia… betul tak?

“Dia mai kata lagu itu betul, hang (Anwar) bohong. Siapa dia pergi minta kat hang? Siapa dia? Habaq mai,” katanya semasa berceramah Grand Finale di Simpang Pelangai sempena Pilihan Raya Kecil (PRN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai esok.

Sanusi memberi reaksi terhadap kenyataan Anwar semasa berkempen di Pelangai baru-baru ini yang mendakwa terdapat negeri yang diperintah pembangkang yang datang meminta bantuan untuk membayar gaji.

Bagaimanapun, Anwar tidak memperincikan dan menamakan negeri serta pemimpin yang datang menemuinya untuk membincangkan perkara tersebut.

Sanusi juga membidas Anwar sebagai tidak memahami konsep negara yang mengamalkan Federalisme dan sudah semestinya jika ada sesuatu isu atau masalah berbangkit, ia perlu dirujuk terlebih dahulu dengan pentadbiran kerajaan pusat.

“Tuan-tuan sekalian dalam sistem negara kita Federalisme, kalau negeri ada masalah memang kena pi kat Persekutuan.

“Kita tak boleh pi bank dunia sendiri-sendiri, tak boleh… Bank Asia tak boleh… Dia kena pi kat Persekutuan, kalau sesak sangat lah,” ujarnya.

Sanusi berkata sekarang ini bukan sahaja pihak pembangkang sahaja yang marah dengan kerajaan campuran, malah majoriti rakyat juga sudah marah kerana kegagalan dalam pentadbiran menangani pelbagai permasalahan dihadapi rakyat.

“Orang marah hang, dah hang bohong… orang boleh marah hang takkan orang nak sokong pula saya parti lain dia parti lain.

“Saya mai di sini sebagai pengarah pilihan raya. Saya boleh ceramah. Takkan ceramah nak puji dia? Itu gila,” ujarnya berseloroh.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Kempen ‘Jangan Undi Zahid’ dilancar, kumpulan dakwa Zahid punca negara tak stabil
November 14, 2022
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok