Nilai ringgit jatuh lagi, sudah cecah RM4.70

September 27, 2023 · Isu semasa

Ringgit terus susut dan mencecah paras 4.70 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Rabu, berikutan kebimbangan mengenai prospek kenaikan kadar faedah serta kenaikan hasil Perbendaharaan negara maju itu, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit turun ke paras 4.7055/7105 berbanding dolar AS daripada 4.6875/6915 pada akhir urus niaga semalam, lapor Bernama.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pergerakan ringgit turut diasak oleh kebimbangan yang terus ketara mengenai inflasi di negara itu.

“Sudah pasti inflasi menjadi tumpuan selain peningkatan harga minyak yang hanya menjejaskan lagi pospek dasar Rizab Persekutuan AS (Fed),” katanya kepada Bernama.

Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS mencecah paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun semalam namun susut lima mata asas hari ini kepada 4.501 peratus.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penurunan nilai ringgit itu juga disebabkan oleh kebimbangan berkaitan kemungkinan penutupan kerajaan AS.

“Faktor itu menjadi fokus, apalagi ketika menghampiri tarikh akhir pada hujung minggu. Sebarang sentimen menolak risiko ternyata menguasai ringgit pada masa ini,” katanya yang mengunjurkan paras rintangan terhadap ringgit adalah pada RM4.74.

Mohd Afzanizam menjelaskan, Kongres AS sepatutnya sepakat meluluskan peruntukan berkaitan pembiayaan Kerajaan Persekutuan menjelang akhir bulan ini dengan sebarang kemungkinan sebaliknya boleh menyebabkan penutupan kerajaan itu.

Dalam pada itu, ringgit turut diniagakan rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Unit tempatan itu rendah berbanding euro pada 4.9690/9743 daripada 4.9673/9716, susut berbanding pound Britain pada 5.7167/7228 daripada 5.7117/7166 dan rendah berbanding yen Jepun pada 3.1534/1570 daripada 3.1489/1518.

Ringgit juga rendah berbanding mata wang Asia kecuali baht Thailand yang menyaksikannya meningkat kepada 12.8759/8949 daripada 12.8884/9043, semalam.

Ia susut berbanding rupiah Indonesia kepada 303.1/303.6 daripada 302.5/303.0 sebelum ini, rendah berbanding peso Filipina pada 8.26/8.28 daripada 8.23/8.24 serta turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4334/4373 daripada 3.4275/4310, sebelum ini.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok