NGO anti-rasuah kata lantik anak salah, Anwar kena perbetulkan

January 31, 2023 · Isu semasa

Keputusan melantik anak Perdana Menteri (PM) sebagai penasihat ekonomi dan kewangan menghantar isyarat yang salah.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anti-rasuah, Transparency International Malaysia (TI-M) menyifatkan langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anaknya, Nurul Izzah boleh dilihat sebagai kembalinya amalan kronisme dan nepotisme di negara ini.

“Pada pandangan kami, ia memberi isyarat yang salah dan saya khuatir jika tidak diperbetulkan, ia akan diambil kira dalam persepsi umum di negara ini.

“Persepsi hari ini ialah kronisme telah kembali dan nepotisme telah menyelinap masuk, dan ini tidak baik,” kata Presidennya Muhammad Mohan dipetik laporan Malaysiakini.

Muhammad berkata demikian kepada media selepas membentangkan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) TI-M 2022 di Kelab Diraja Selangor hari ini.

Nurul Izzah menjadi perhatian selepas memberitahu media bahawa Anwar melantik beliau sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan di Kementerian Kewangan sejak 3 Januari lalu.

Bagaimanapun beberapa pihak termasuk daripada Pakatan Harapan (PH) sendiri tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut kerana menyifatkan ia sebagai satu bentuk amalan nepotisme yang tidak sihat.

Tidak pernah ada dalam pentadbiran Perdana Menteri sebelum ini melantik ahli keluarga untuk berada dalam kerajaan, bagaimanapun dalam kerajaan campuran PH dan Barisan Nasional (BN) ia dikecualikan.

Semalam, Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sejak mula lagi selepas dilantik menjadi PM, Anwar sudah mengkhianati rakyat apabila melantik anak muridnya yang berdepan kes rasuah di mahkamah sebagai timbalannya demi untuk membalas budi sokongan yang diberikan.

“Kerajaan PH-BN pimpinan Anwar tidak bermula dengan langkah yang betul dari awal lagi. Janji tatakelola yang baik telah dikhianati apabila Anwar melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berhadapan tuduhan jenayah, termasuk rasuah di mahkamah, sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM),” katanya lagi.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok