Najib tak mahu saman adiknya selepas pendedahan dalam buku?

November 13, 2021 · Isu semasa

Satu persatu pendedahan mengejutkan dilaporkan dalam buku memoir adik Datuk Seri Nazir Razak sehingga cerita dalaman keluarga bekas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak sudah menjadi rahsia diketahui umum.

Cerita sebenar disebalik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbongkar dengan pengakuan adik Najib, malah terdapat isu sensitif yang turut dibongkar sehingga menyebabkan beliau tidak senang duduk dan meroyan dikecam orang ramai.

Najib sebelum ini sering menafikan dan mendakwa semua pertuduhan melibatkan 1MDB hanya satu rekaan pembangkang, malah sering menggunakan pendekatan tegas mengikut saluran undang-undang untuk menyekat mana-mana individu daripada bercakap soal syarikat pelaburan kontroversi tersebut.

Tidak kurang juga Najib akan menghantar laskar sibernya untuk menyerang individu yang cuba memainkan isu 1MDB dan mengaitkan dirinya dengan pertuduhan yang sedang dihadapinya di mahkamah.

Dalam isu buku memoir Nazir berjudul ‘What’s in a Name’, adakah Najib mahu menyaman adiknya sendiri berhubung beberapa siri pendedahan yang ditulis dalam buku tersebut?

Terdapat bahagian yang agak mengejutkan orang ramai apabila Nazir menulis dalam bukunya berhubung tindakan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi punca hubungan antara adik-beradik Najib menjadi tegang.

Cerita Rosmah mengawal Najib diceritakan Nazir satu persatu secara spesifik dan tanpa bersembunyi, malah didakwa menjadi faktor kejatuhan abangnya sendiri itu tampuk kuasa.

Nazir menceritakan bagaimana kakak iparnya itu memarahinya didepan orang ramai dalam satu majlis dan Najib cuba untuk menenangkan Rosmah dan mempertahankan adiknya itu, tetapi gagal.

Rosmah meneruskan kata-kata dengan pandangan yang tajam: “I know what you’re up to. I have eyes. You had better watch out! (Saya tahu apa yang kamu cuba lakukan. Saya ada pemberi maklumat. Awak lebih baik berhati-hati)”.

Nazir berkata, sejurus kejadian itu, beliau terus meninggalkan majlis berkenaan dan mengirim pesanan kepada abangnya.

Dalam kiriman mesej itu, Nazir memaklumkan itu adalah majlis terakhir yang dihadirinya memandangkan kakak iparnya bersikap seolah-olah memusuhinya.

Untuk rekod, Najib sebelum ini mahu menyaman fitnah terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Najib berang kerana diberi gelaran kleptokrat dan kluster mahkamah yang dibuat terhadapnya semasa peletakan jawatan Muhyiddin sebelum ini.

Jika dengan kritikan yang tidak serius pun Najib berani menyaman semua orang yang tidak berpuas hati dengan isu 1MDB, adakah Najib tidak berani menyaman adiknya kerana pendedahan yang melibatkan isu sensitif berhubung 1MDB dan menyentuh peribadi isteri kesayangannya?

Untuk rekod, Najib tidak menjawab secara spesifik segala pendedahan dibuat oleh Nazir yang ditulis dalam beberapa bab buku tersebut khususnya berhubung isu 1MDB memandangkan kes mahkamahnya yang sedang berjalan ketika ini.

Diasak dalam satu program di Melaka semalam, Najib sebaliknya mengalihkan isu dengan memberi jawapan selamat apabila menggunakan nasihat ibunya yang melarang perihal keluarga dihebahkan kepada pihak luar secara terbuka.

“Sebenarnya perkara seperti ini kalau melibatkan hal keluarga saya berpegang kepada apa bonda saya kata… Kita mesti kalau ada masalah selesaikan dalam keluarga kita… kita tak boleh barai pada luar tak elok nampaknya,” kata Najib.

Terdahulu, Nazir dalam memoirnya pada bab bertajuk ‘Najib’s Rise’ memperincikan keraguan beliau terhadap penubuhan 1MDB, serta hubung kait dana itu dengan Najib.

Malah Nazir mengakui beliau antara yang bertemu bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbincang dan menceritakan kebimbangannya berhubung dana 1MDB.

Pertemuan itu turut disertai pemilik The Edge Group, Datuk Tong Kooi Ong di London, sekitar 2015.

“Mengapa saya juga perlu melakukan sesuatu? Saya sudah bersara.” Kata-kata itu keluar dari mulut Dr Mahathir, kata Nazir dalam buku berkenaan yang baharu dilancarkan.

Dalam memoir buku berkenaan beliau mendedahkan, pertemuan itu bukan sesuatu yang mudah untuk beliau dan Tong, tetapi ia harus dilakukan demi mencari kebenaran tentang skandal 1MDB.

Mengimbas kembali pertemuan itu, Nazir memulakan sesi itu dengan menyuarakan kebimbangan kepada Dr Mahathir bahawa beliau dan Tong percaya berbillion-bilion dolar telah diseleweng dari 1MDB.

“Tong sebenarnya yang banyak mendedahkan tentang apa yang kami ketahui berkaitan 1MDB. Dr Mahathir kelihatan mudah memahami situasi itu yang mana ia memeranjatkan mereka, selepas mengambil kira perincian dan penerangan Tong.

“Saya syak Dr Mahathir sebenarnya telah pun diberi taklimat mengenai 1MDB dan menggunakan pertemuan itu sebagai perbandingan terhadap apa yang beliau ketahui dan fahami,” katanya lagi.

Nazir berkata, semakin sesi perbincangan itu berlangsung semakin Dr Mahathir menunjukkan reaksi atau erti kata lainnya, kemarahan.

Sebagai rekod, Nazir berkata, hubungan antara keluarganya dengan Dr Mahathir telah berdekad lamanya di mana ayahandanya, Abdul Razak telah menyelamatkan karier politik Dr Mahathir dengan membawa kembali beliau ke dalam UMNO.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
10 jam lalu· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok