Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM

August 10, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak menyangkal dakwaan dirinya terlibat dalam menyeleweng dana projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS) dengan menggunakan beberapa lapis syarikat sebagaimana didakwa Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Menurut bekas Perdana Menteri itu dua syarikat yang disebut Rafizi – Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) – adalah syarikat usahasama 49 hingga 51 peratus dan Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC).

BHIC pula katanya adalah anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan syarikat terkenal Jerman, Rheinmetall Air Defence AG, iaitu sebahagian daripada kumpulan Rheinmetall Jerman yang amat besar dengan jualan tahunan mencecah RM30 bilion.

Beliau berkata pengarah urusan syarikat BHIC dan pengerusi jawatankuasa projek LCS ketika itu adalah bekas Panglima Tentera Laut Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor.

“Syarikat BHIC juga merupakan syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia. Jadi, apa kaitan isu ini dengan saya?,” kata Najib yang menjadi Perdana Menteri ketika projek perolehan enam kapal LCS itu mula dirancang dan dianugerahkan terus kepada Boustead Naval Shipyard (BNS).

Najib turut menyoal sama ada Rafizi menuduh bekas Panglima Tentera Laut, LTAT dan syarikat gergasi Jerman itu berpakat dengan beliau untuk menyeleweng dana LCS.

“Dan adakah Rafizi tuduh bahawa bekas Panglima Tentera laut, LTAT dan syarikat gergasi Jerman itu berpakat dengan saya untuk songlap?

“Ataupun syarikat BHIC anak syarikat Boustead berpakat dengan syarikat Jerman itu untuk menipu syarikat Boustead?

“Bagaimana pula saya terlibat sedangkan saya langsung tidak pernah bercampur tangan dalam pemberian dan pengurusan projek LCS ini?

“Kenapa tak siasat sepenuh-penuh dan sepuas-puas hati sekiranya bekas Panglima Laut, syarikat Boustead milik LTAT dan syarikat Jerman itu disyaki bersalah?

“Saya tak ada bantahan sebab saya langsung tak terlibat,” kata Najib yang sebelum ini terpalit dengan skandal kewangan terbesar dunia melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini, Rafizi memulakan siri pendedahan berhubung isu projek LCS, dengan beberapa dakwaan antaranya BNS menerima dokumen sebut harga daripada Naval Group (dahulu dikenali sebagai DCNS) sebelum surat lantikan (LOA) kerajaan Malaysia.

Rafizi berkata setakat ini menunjukkan ada perancangan dari awal untuk menyembunyikan penglibatan DCNS – syarikat Perancis yang sering dikaitkan dengan Najib – dari projek ini.

“Secara logiknya, jika DCNS adalah pembekal utama kepakaran, reka bentuk dan pembinaan kapal LCS, sewajarnya Kerajaan Malaysia melantik DCNS secara terus (seperti yang dibuat semasa projek kapal selam Scorpene),” kata Rafizi.

Pada Khamis (4 Ogos lalu) Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan laporan setebal 247 muka surat berhubung LCS dan antaranya terma-terma kontrak adalah lemah dan tidak memihak kepada kerajaan apabila pembayaran projek LCS berdasarkan kemajuan aktiviti atau pembekalan item dan bukan berdasarkan kemajuan sebenar.

Menurut laporan itu, pandangan TLDM selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan BNS dalam pelaksanaan projek LCS.

Untuk rekod, perolehan LCS itu telah diluluskan oleh Putrajaya pada awal 2011 ketika pemerintahan Barisan Nasional dan UMNO. Pada akhir 2011, kontrak RM9 bilion telah diberikan kepada BNS.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Saksi beritahu Najib terima RM2.08 bilion wang haram daripada Tanore
October 12, 2023· Politik
Popular
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok