Najib berdepan tuntutan LHDN cadang GST diperkenal semula

September 28, 2021 · Isu semasa

Pengenalan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) perlu dilaksanakan semula, cadang Datuk Seri Najib Razak yang sedang berdepan saman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bekas Perdana Menteri yang bertanggungjawab memperkenalkan cukai itu sebelum ini berkata ia boleh diperkenalkan selepas negara pulih daripada penularan Covid-19 bagi memberi kestabilan kepada kewangan negara walaupun kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 antara faktornya disumbang oleh isu GST.

“Dengan GST, golongan kaya dan berkemampuan yang akan berbelanja lebih, akan membayar lebih GST.

“GST juga akan menyasarkan ekonomi gelap dengan saiznya sebesar RM300 bilion setahun yang sebelum ini terlepas dari membayar apa-apa cukai.

“Dengan GST, saiz ekonomi gelap dapat dikuncupkan, yakni dianggarkan dari 25 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 10 peratus,” katanya ketika berbahas Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas Ahli Parlimen Pekan itu lagi, hasil kutipan tersebut kemudiaan boleh disalurkan kepada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan kumpulan berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40) dalam bentuk bantuan tunai rakyat yang jauh lebih besar.

“Sebab tu kita perlu melaksanakan semula sistem GST secepat mungkin apabila negara pulih daripada Covid sekiranya ingin mencapai matlamat mengurangkan jurang pendapatan.

“Matlamat menarik pelaburan dan mengukuhkan kekuatan fiskal kerajaan,” katanya lagi.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini memutuskan Najib perlu membayar saman cukai bernilai RM1.69 bilion, namun beliau tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut kini sedang dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok