Mukhriz cadang hutang 1MDB dijenamakan Hutang NTR kerana Najib puncanya

November 3, 2021 · Isu semasa

Hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu dijenamakan menjadi Hutang NTR kerana ia berpunca akibat perbuatan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Jerlun (MP) Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini.

Anak Tun Dr Mahathir Mohamad memberi cadangan tersebut kerana beban hutang yang besar itu terpaksa ditanggung rakyat ekoran perbuatan salah guna kuasa melibatkan Najib semasa era pentadbirannya sebelum ini dan ia sepatutnya dijenamakan menjadi Hutang NTR singkatan kepada nama MP Pekan itu.

“1MDB ini, saya ingin cadangkan hutang 1MDB yang sangat membebankan rakyat ini dijenamakan semula dan dinamakan Hutang NTR kerana Pekan (Najib) yang bertanggungjawab sepenuhnya di atas skandal antarabangsa ini,” katanya semasa perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Mukhriz juga senada dengan bapanya yang mempertikaikan mengapa Najib masih belum menjalani hukuman walaupun sudah disabitkan, malah diberikan pula pelepasan pasport antarabangsanya untuk ke Singapura.

“Keputusan yang masih tertangguh walaupun sudah enam bulan berlalu dalam kes SRC dan pendakwaan yang tidak membantah pelepasan pasport pihak kayangan yang disabit kesalahan sangat tidak masuk akal.

“Kalau inilah sikap mahkamah dan peguam negara, negara akan hancur akibat penyelewengan pihak yang rakus, menyalahgunakan kuasa,” katanya lagi.

Beliau juga menyifatkan hutang 1MDB yang terpaksa dijelaskan kerajaan bernilai RM32.2 bilion menerusi pinjaman pendahuluan daripada kerajaan atau Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan Akaun Amanah adalah sangat merugikan kerana tiada manfaat yang diperoleh rakyat.

“Tiada apa-apa manfaat pun yang dinikmati oleh rakyat dari 1MDB ini.

“Malah sebaliknya generasi demi generasi akan datang terpaksa tanggung biawak hidup ini. Walhal banyak lagi perkara yang lebih bermanfaat patut diusahakan dengan sumber yang terhad yang ada pada kita,” katanya lagi.

Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2022, hutang terkumpul 1MDB adalah berjumlah RM32 bilion setakat akhir Jun 2021.

Sejumlah RM12.8 bilion komitmen kewangan dan pembayaran hutang 1MDB telah dilunaskan oleh kerajaan atau Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) menerusi pinjaman dan pendahuluan setakat September lepas yang mencecah hampir RM10 bilion selain penggunaan Akaun Amanah.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, baki terkumpul Akaun Amanah selepas mengambil kira pendapatan simpanan (hibah) adalah berjumlah RM15.3 bilion dan mampu membiayai obligasi 1MDB sehingga 2022.

Obligasi keseluruhan 1MDB berjumlah RM39.3 bilion merangkumi prinsipal sebanyak RM32.2 bilion dan faedah atau bayaran keuntungan atas pembiayaan (RM7.1 bilion).

Terdahulu semalam, Dr Mahathir mempertikai keistimewaan diberikan kepada Najib yang masih bebas tidak disumbat ke penjara walaupun sudah didapati bersalah, sebaliknya kerajaan membenarkannya ke luar negara.

“Mahkamah mendapati Perdana Menteri Keenam bersalah. Itu keputusan mahkamah.

“Selagi ia tidak didapati tidak bersalah, ia bersalah. Ia patut jalan hukuman. Ada rakyat Malaysia yang belum pun dicaj telah dimasuk dalam tahanan, kenapa tidak orang yang sudah pun dihukum salah menjalani hukuman. Dibenar keluar negara pula,” katanya.

Untuk rekod, Najib sudah dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan denda sebanyak RM210 juta bagi beberapa pertuduhan berkaitan RM42 juta dana SRC International.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok