Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan salam kepada mereka yang menyambut Deepavali.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali buat semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu dan Sikh di mana jua anda berada,” katanya dalam catatan Facebook hari ini ini (Ahad, 23 Oktober 2022).
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara berharap pesta cahaya itu akan membawa 1,001 sinar yang menerangi hidup semua.
“Raikanlah perayaan ini bersama keluarga dan sahabat handai. Luangkan masa untuk bersama-sama mereka. Semoga perayaan tahun ini disambut dengan penuh makna,” katanya.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu turut menasihatkan pengguna berhati-hati di jalan raya dan berharap semuanya akan selamat sampai ke destinasi masing-masing.
“Kalau ada maruku dan ladhu yang lebih jemputlah saya datang ke rumah,” katanya.
Melambangkan kemenangan cahaya ke atas kegelapan, perayaan itu jatuh pada Isnin (24 Oktober).