‘Mudah tunai kita cukup, tak perlu hutang luar’

September 3, 2021 · Isu semasa

Kerajaan tidak akan mempertimbangkan pinjaman asing kerana negara mempunyai mudah tunai yang mencukupi dalam pasaran, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Kita mempunyai mudah tunai yang mencukupi dalam pasaran. Kami menjangka untuk membiayai semua pakej rangsangan dengan memanfaatkan pasaran ringgit tempatan dan kami mempunyai kecairan yang mencukupi tanpa perlu bimbang mengenai impak kepada pasaran tempatan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui kerajaan mempunyai ruang fiskal yang terhad tetapi itu tidak menghalangnya daripada terus memperluas dasar fiskalnya untuk menyokong ekonomi.

“Kita telah menyaksikan bagaimana kami telah menyemak semula perbelanjaan kami untuk meningkatkan pinjaman dan defisit telah meningkat, yang diunjurkan sehingga 6.5-7.0 peratus,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak 97 peratus daripada jumlah pinjaman kerajaan adalah dalam mata wang ringgit dan hanya tiga peratus dalam mata wang asing.

Tengku Zafrul berkata beliau juga akan mencadangkan untuk menaikkan had statutori hutang kepada 65 peratus daripada 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada masa ini.

Katanya walaupun nisbah hutang statutori kepada KDNK pada masa ini sebanyak 58 peratus, berdasarkan komitmen yang dibuat oleh kerajaan untuk menyokong rakyat dan perniagaan, nisbah hutang kepada KDNK mungkin akan meningkat kepada melebihi 60 peratus pada akhir tahun.

“Hari ini, kita masih di bawah 60 peratus, (iaitu) sebanyak 58 peratus daripada had statutori hutang kita, dan walaupun jika kita melepasinya, ia adalah kecil, tetapi sekali lagi, kita perlu membawanya ke Parlimen untuk menaikkan had tersebut.

“Pelannya untuk membentangkannya (cadangan itu) kepada Kabinet minggu depan, kemudian kita akan membawanya ke Parlimen pada masa yang sesuai,” katanya pada sidang media hari ini.

Mengenai memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2022, Tengku Zafrul berkata kerajaan sedang memberi tumpuan untuk memulihkan ekonomi dan ini bukan masa yang sesuai untuk mengembalikan semula cukai penggunaan seperti GST.

Beliau berkata kerajaan sedang mengkaji cara untuk meningkatkan pendapatan dan menangani isu ketirisan hasil.

Mengenai jangkaan Malaysia untuk memasuki fasa endemik COVID-19 pada akhir Oktober ini, katanya beliau berharap semua sektor akan dibenarkan untuk beroperasi semula pada masa itu, walaupun dalam keadaan normal baharu.

“Apabila kita memasuki fasa endemik, akan terdapat perubahan dalam prosedur operasi standard, tetapi ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok