MPN terus main peranan sebagai badan penasihat kerajaan: Muhyiddin

June 24, 2022 · Isu semasa

Majlis Pemulihan Negara (MPN) akan terus berperanan sebagai badan penasihat kepada kerajaan terutama ketika negara berdepan isu membabitkan kesejahteraan dan keselesaan rakyat.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya akan sentiasa memberi pandangan dan buah fikiran, namun ia terserah kepada kerajaan sama ada untuk menerima cadangan tersebut atau sebaliknya, menurut laporan Bernama.

Bekas Perdana Menteri itu berkata baru-baru ini, pihak MPN ada berbincang bersama tokoh dan pakar ekonomi berkenaan isu inflasi dan kenaikan harga makanan global serta jaminan keselamatan makanan untuk jangka masa pendek dan panjang.

“Susulan itu, MPN mencadangkan kepada kerajaan agar mempunyai strategi jangka pendek untuk mengeluarkan hasil bahan asas seperti makanan, ternakan dan lain-lain dengan menggunakan cara yang tersusun.

“Begitu juga dengan jangka panjang, semua perlu bersedia, kita sudah memberi idea,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan bakal haji dan penyerahan lembu korban Parlimen Pagoh hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keluhan rakyat berhubung isu kenaikan harga barangan sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin menyambut baik bantuan tunai tambahan di bawah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) iaitu RM100 untuk isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang yang diumumkan kerajaan pada Rabu lepas.

Sementara itu, mengulas mengenai jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin, Muhyiddin berkata perkara itu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membuat keputusan.

Pada 26 Mei lepas, Zuraida mengumumkan keluar Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan menyatakan kesediaan melepaskan jawatan sebagai Menteri jika diarah berbuat demikian oleh Perdana Menteri.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok