MP PKR pertahan cadangan penyenaraian IPO Petronas, dedah formula kiraan

February 24, 2023 · Isu semasa

Seorang Ahli Parlimen (MP) PKR, Wong Chen mempertahan cadangan yang dikemukakan sebelum ini berhubung penyenaraian Petronas di Bursa Malaysia.

MP Subang itu menjelaskan formula kiraannya jika langkah penyenaraian tawaran awam permulaan (IPO) untuk Petronas dapat meraih hasil RM300 bilion dan ia boleh digunakan untuk mengurangkan hutang negara.

“Ideanya adalah untuk menyalurkan RM60 bilion ke dalam tenaga alternatif, yang mana banyak syarikat minyak berusaha ke arah itu disebabkan perubahan iklim.

“Pelaburan RM60 bilion itu (dengan pulangan 10% yang munasabah ke atas sasaran pelaburan) sepatutnya menjana pendapatan tambahan RM60 bilion untuk Petronas, selepas IPO,” katanya dipetik laporan FMT.

Chen sebelum ini mencadangkan tawaran 20% kepentingan kepada orang ramai dan Jika RM300 bilion diperoleh daripada IPO itu, sebanyak M240 bilion, atau 80% daripada hasil, boleh disalur ke Putrajaya untuk mengurus hutang negara.

Jelasnya, Malaysia mempunyai masalah hutang dan cadangannya untuk IPO adalah penyelesaian berpotensi yang wajar diterokai.

Chen juga berkata, cadangannya bukan serangan terhadap perakaunan atau tadbir urus Petronas, tetapi berita terbaru melibatkan vendor dan kontraktornya dalam industri, termasuk Serba Dinamik, tidak “memupuk keyakinan bahawa semuanya baik-baik saja”.

“Pertuduhan terbaharu terhadap seorang eksekutif Petronas kerana didakwa menerima rasuah RM6.1 juta untuk pemberian kontrak adalah contoh terdapat ruang jelas untuk menambah baik tadbir urus korporat.

Beliau mencadangkan bahawa pemegang saham minoriti boleh menuntut ketelusan lebih tinggi berhubung kontrak pasca-IPO, dan ini akan merangsang penambahbaikan keseluruhan tadbir urus korporat.

“Saya sukacita dan bersedia untuk berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tengku Taufik Aziz, atau mana-mana pihak berkaitan dalam perkara yang sama,” katanya lagi.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz menegaskan cadangan penyenaraian IPO memerlukan pertimbangan yang serius kerana ia akan memberi implikasi kepada kepentingan negara.

“Sekiranya Perdana Menteri bertanya kepada saya, saya akan memberikan jawapan dua-dua implikasi yang sama rata, sama ada ia memangkinkan industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas, jaminan tenaga…ia adalah dimensi yang anda perlu fikirkan dengan sangat teliti.

“Ia bukan hanya sekadar mengenai dividen atau fiskal kerana ada kira-kira 150,000 pekerja dalam industri ini selain daripada pekerja kami,” katanya dipetik laporan media semasa sesi Dialog antara Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif semalam.

Baru-baru ini, Ahli Ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam memberi amaran bahawa cadangan penyenaraian PETRONAS di Bursa Malaysia hanya akan memberi rangsangan kewangan sementara kepada kerajaan.

Menurut laporan berita, Ramon dilaporkan berkata, bahawa PETRONAS harus dikekalkan sebagai entiti nasional kerana menjualnya akan menjadi duluan untuk melepaskan perusahaan utama negara.

Berita berkaitan
Petronas sedia beri kerjasama kepada SPRM jalankan siasatan
May 27, 2023· Isu semasa
BNS sambung semula projek LCS selepas kerajaan tandatangan perjanjian baharu
May 27, 2023· Isu semasa
Bersih pertikai Anwar masih teruskan amalan lantikan politik
May 25, 2023· Isu semasa
MPP PKR dilantik Pengerusi MDV baharu, ganti Khairul Azwan
May 23, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
6 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
9 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
27 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok