MoF nafi terima surat Tengku Zafrul letak jawatan Menteri Kewangan

March 18, 2022 · Isu semasa

Sehari selepas laporan dan penafian Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung beliau meletak jawatan, kini tular pula  kononnya beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan Menteri Kewangan.

Surat palsu itu mengaitkan peletakan jawatan beliau kerana tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran RM10,000 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Susulan itu, Kementerian Kewangan (MoF) hari ini menafikan telah menerima surat peletakan jawatan Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan.

“Kementerian Kewangan ingin menafikan surat peletakan jawatan YB Menteri Kewangan yang tular.

“Fokus beliau kekal untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan #KeluargaMalaysia sentiasa terbela dalam pemulihan ekonomi negara dari belenggu Covid-19,” kata MoF dalam kenyataan hari ini.

Dalam surat palsu itu, Tengku Zafrul kononnya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi beliau peluang untuk berkhidmat dalam Kerajaan Persekutuan.

Surat itu kononnya memetik beliau sebagai kekal tidak bersetuju dengan keputusan pengeluaran KWSP one-off RM10,000 dan peletakan jawatan beliau berkuat kuasa semalam, 17 Mac 2022.

Semalam, Tengku Zafrul menegur Utusan Malaysia kerana membuat laporan tidak benar mengenai peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Kewangan.

Dalam kenyataannya beliau berkata akhbar berkenaan boleh bertanya kepada pegawainya sama ada beliau telah meletak jawatan atau pun tidak. Berita berkaitan 

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok