MKN larang Ahli Parlimen, ADUN anjur majlis rasmi sepanjang PKP penuh

June 1, 2021 · Isu semasa

Majlis Keselamatan Negara (MKN) melarang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada menganjurkan sebarang majlis rasmi sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa hari ini sehingga 14 Jun.

MKN hanya membenarkan Ahli Parlimen dan ADUN boleh merentas negeri dan daerah untuk tujuan melawat kawasan masing-masing bagi memantau keperluan dan kebajikan rakyat.

Mengikut SOP itu, untuk pelaksanaan PKP kali ini, MKN tidak membenarkan sebarang pergerakan rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan Kerajaan Negeri) untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata selaras dengan arahan itu semua majlis yang berkaitan dengan portfolionya ditangguhkan sementara.

“Kami akur dan sokong dengan arahan yang diberikan itu kerana ia dilakukan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan penyakit ini. Bagaimanapun ini bukan penghalang untuk kami turun membantu rakyat yang terjejas PKP.

“Contohnya di Parlimen Hulu Terengganu sendiri, kami mengambil inisiatif mewujudkan Gerobok Prihatin di setiap masjid yang menyediakan pelbagai barangan makanan keperluan harian seperti gula, beras, tepung dan barangan secara percuma untuk penduduk yang memerlukan.

“Dengan cara itu, kami tidak perlu mengadakan majlis dan pada masa yang sama penduduk juga tidak perlu berkumpul untuk mendapatkan bantuan,” katanya lapor Bernama.

Sementara itu ADUN Guai, Pahang, Datuk Seri Noroazali Sulaiman berkata walaupun tanpa majlis rasmi, kebenaran yang diberikan oleh MKN itu membolehkan wakil rakyat untuk turun padang bagi membantu rakyat yang terkesan dengan PKP.

“Walaupun PKP, tetapi wakil rakyat masih perlu turun untuk menjenguk dan bertanya khabar rakyat untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan kerana kita tahu ramai yang kehilangan punca pendapatan dan sumber mata pencarian.

“Sehubungan itu, kami berterima kasih dengan SOP yang digariskan itu kerana ia dapat mengelakkan persepsi negatif tentang pergerakan wakil rakyat sebelum ini.

“Namun kita mengharapkan MKN dapat memberi sedikit penjelasan tentang bilangan individu yang dibenarkan turut serta setiap kali wakil rakyat turun ke kawasan untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang.

Berita berkaitan
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Kalau kita pecat dia untung kerana dapat jadi MP bebas, kata Razali
November 11, 2023· Politik
Zahid dakwa ramai lagi MP PN akan sokong Anwar selepas ini
November 9, 2023· Politik
Politik wang diamalkan ketika ini oleh kerajaan Anwar, bidas Wan Saiful
November 9, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok