Kalau kita pecat dia untung kerana dapat jadi MP bebas, kata Razali

November 11, 2023 · Politik

Datuk Razali Idris menjelaskan langkah Bersatu tidak memecat terus empat Ahli Parlimen (MP) yang menukar sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Bersatu itu berkata sekiranya empat MP yang berpaling tadah itu dipecat ia hanya akan menguntungkan mereka kerana akan menjadi calon bebas dan bukan melompat parti.

“Trend baru ya. (Kata) Menyokong PMX (Anwar) tapi masih mencintai, menyayangi Bersatu,” ujarnya semasa program yang diadakan di Markas PAS UDM Bandar Sri Bandi.

Menurut beliau, undang-undang Dewan Rakyat menetapkan seseorang MP yang menyokong Perdana Menteri tidak dianggap melompat parti melainkan ia berpindah ke parti lain.

Jelas Razali, walaupun ramai yang mendesak pemecatan ke atas mereka itu hingga membidas Presiden Bersatu sebagai lembik, tetapi sebenarnya pelbagai perkara sudah dipertimbangkan mengikut proses dan garis undang-undang.

“Pasal dak (kenapa tak) pecat? Hok pecat itu dia nak sangat. Kalau kita pecat dia, dia akan jadi bebas dalam Parlimen. Lagi bagus, lebih baik kita gantung. Dia apabila kita gantung dia bebas pun dok (tak), kerajaan pun dok dalam Bersatu pun dok.

“Jadi dia akan pening. Lama-lama kita doa supaya dia letak jawatan dan kita adakan pilihan raya. Jadi kita gantunglah dulu. Gantung itu sebenarnya gantung tak bertali. Merana dia.

“Bersatu malu dengan PAS ni sebenarnya ni. Sebab PAS dah 50 tahun jadi pembangkang tak cerita pasal duit. Kita Bersatu baru tak sampai setahun jadi pembangkang dah cerita pasal kerana tak dak kewangan.

“Sanggup buat cerita yang khianat kepada parti. Jadi keputusan kita semalam adalah untuk saman. Untuk dakwa. Untuk buat repot polis pasal ada sogokan,” ujarnya memberitahu ada dikalangan empat MP itu yang ditawarkan habuan RM6 juta.

Razali juga mendedahkan salah seorang daripada mereka itu juga berdepan kes diheret ke mahkamah di mana peguam PAS dan Bersatu telah memenangkan kes dan semua perkara tersebut menyebabkan Bersatu merasa malu dengan PAS.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
5 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
1 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok