Misi kemanusiaan Palestin disertai Agenda Daily tiba di Amman

June 19, 2021 · Isu semasa

Misi kemanusiaan Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) anjuran Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) tiba di Amman, Jordan kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) hari ini.

Wakil Agenda Daily Hiekal Rosli yang turut dijemput menyertai misi berkenaan berkata ketibaan mereka disambut pegawai kedutaan Malaysia di Amman, Mohd Noh Md Yunus dan Issa Ahmad Barhoum.

Katanya rombongan diketuai Pengerusi BKUM Datuk Seri Abdul Azeez Rahim yang turut disertai Timbalan Pengerusi BKUM, dan dua wartawan lain akan berehat sebentar sebelum cuba memasuki Baitulmaqdis di Tebing Barat, Palestin.

Mereka dijangka memasuki Baitulmaqdis menerusi pintu sempadan Raja Hussein yang lebih dekat dengan Amman kerana pintu sempadan di Wadi Araba masih ditutup sejak Mac, sementara lintasan Sheikh Hussein pula terletak di Irbid, yang jauh daripada Baitulmaqdis.

Rombongan misi itu yang akan berada di wilayah bergolak berkenaan selama dua minggu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat Etihad Airways ke Amman, Jordan jam 2.40 pagi tadi.

Difahamkan rombongan diketuai Azeez juga dijangka bertemu pasukan pendakwan terkenal, Ebit Lew di Mesir bagi menyelesaikan beberapa perkara sebelum memasuki Gaza menerusi pintu sempadan Rafah antara Mesir dan Semenanjung Gaza.

Pasukan kedua HM4P pula akan berlepas ke Kaherah, Mesir malam esok, sebelum disusuli pasukan ketiga yang terdiri daripada pakar perubatan dan doktor serta wakil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang dijangka berlepas minggu depan selepas semua kelulusan diperoleh, terutama daripada Kerajaan Mesir.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok