‘Mi tonggek ulat’: KKM tutup, kompaun gerai bazar Ramadan Putrajaya

April 16, 2022 · Isu semasa

Gerai menjual mi di bazar Ramadan yang tular setelah pembeli menemukan ulat, telah dikenakan arahan penutupan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bermula semalam (15 April) kerana didapati tidak bersih, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Arahan penutupan sementara di bawah akta itu adalah selama dua minggu bagi kerja pembersihan serta meningkatkan tahap keselamatan makanan dan premis dibenarkan beroperasi semula sebelum tempoh berkenaan sekiranya tahap kebersihan dan keselamatan makanan adalah memuaskan, katanya.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata kompaun turut dikeluarkan terhadap seorang pekerja gerai berkenaan yang didapati tidak mengambil suntikan anti-tifoid, lapor Bernama.

Tular di media sosial seorang pembeli mendakwa menemui ulat yang masih hidup dalam mi sotong yang dibelinya pada harga RM30 di Bazar Ramadan Putrajaya di sini.

Perbadanan Putrajaya (PPj) pada 14 April telah mengeluarkan notis amaran di bawah UUK 30(1)(c), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WP Putrajaya) 2016 kepada peniaga berkenaan.

Beliau berkata peniaga berkenaan juga didapati mempunyai premis makanan di Cyberjaya yang mana bahan mentah dimasak dan disimpan sebelum dipasarkan di bazar tersebut, dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan pemeriksaan serta siasatan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pengendalian keselamatan makanan di premis tersebut.

Berhubung aduan pencemaran kuih limas di Perak, Dr Noor Hisham berkata KKM telah membuka kertas siasatan ke atas pengeluar kuih limas terlibat bagi tujuan pendakwaan mengikut Akta Makanan 1983.

Kejadian yang turut tular itu didapati berlaku di Bazar Ramadan Teluk Intan dan pembeli mendakwa menemukan gumpalan rambut dalam kuih limas dibelinya dari bazar berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin pada 14 April lepas berkata sampel makanan kuih limas itu akan dihantar untuk analisis makmal bagi tujuan siasatan kes.

Menerusi Operasi Ramadan 2022 seluruh negara, Dr Noor Hisham berkata 4,362 premis bazar Ramadan telah diperiksa dan 77 notis kompaun dengan nilai RM38,500 telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Sebanyak 178 sampel makanan juga telah diambil untuk dianalisis,” katanya serta menasihatkan orang ramai agar membeli makanan di premis makanan yang bersih.

Beliau berkata peniaga makanan didapati tidak mematuhi kehendak di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Berita berkaitan
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023· Politik
Hari Kebangsaan: Agong dan Permaisuri santuni rakyat pelbagai kaum
August 31, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok