Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku

September 23, 2023 · Politik

Datuk Seri Dr. Radzi Jidin menafikan dakwaan mengaitkan beliau dan isteri dalam rasuah mencetak buku seperti yang ditularkan oleh pihak tertentu.

Bekas menteri kanan pendidikan yang kini berdepan tekanan selepas kritikan “saya percaya Tambun peliwat” terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dalam Dewan Rakyat sebelum ini menafikan isterinya seorang kerabat diraja seperti yang didakwa terlibat dalam projek rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah.

“Saya ingin tegaskan tuduhan-tuduhan terkandung di dalam mesej tular tersebut yang mengaitkan saya dan isteri saya dengan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah adalah tidak benar sama sekali.

“Isteri saya juga bukan seorang kerabat diraja dan beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan mahu pun kepentingan di dalam syarikat yang dinyatakan di dalam mesej yang tular tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ahli Parlimen Putrajaya itu lagi, dakwaan yang dilemparkan dalam mesej WhatsApp berkenaan adalah untuk memberi gambaran buruk terhadap diri beliau.

Radzi mendakwa tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu itu adalah disebabkan arahan pihak tertentu berikutan kenyataan beliau dalam Parlimen minggu lalu.

“Jelasnya sekali bahawa pihak SPRM sedang bertindak atas arahan pihak atasan kerana pernyataan-pernyataan saya di Parlimen pada hari Selasa, 19 September lalu.

“Jelasnya kepada saya bahawa mesej WhatsApp karut yang tular ini sedang digunakan semata-mata untuk menjejaskan reputasi dan imej saya dan untuk menindas bekas pegawai saya yang tidak bersalah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan dua individu termasuk bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan ditahan SPRM kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi projek bernilai RM80 juta membabitkan sebuah kementerian.

Suspek kedua ialah pemilik syarikat berusia lewat 50-an. Mereka ditahan pukul 11 malam tadi ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

Sumber berkata, projek itu membabitkan percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta membabitkan sebuah kementerian secara rundingan terus.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Manakala Dewan Rakyat Selasa lalu kecoh apabila Radzi bangkit meminta Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Anwar menarik balik kenyataan yang didakwa sebagai sangkaan jahat terhadapnya.

Berlaku perbalahan di antara Perdana Menteri dan ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) apabila Anwar mengeluarkan kenyataan membabitkan Radzi.

Radzi secara berterusan meminta keadilan bagi pihaknya dan mendesak Johari agar meminta Anwar menarik balik kenyataan itu.

Berita berkaitan
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
38 minit lalu· Isu semasa
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
44 minit lalu· Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
5 jam lalu· Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023· Politik
Popular
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023
Kampung Melayu lenyap: Apa motif DAP bawa pakar Singapura masuk KPKT?
January 21, 2023
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023
Lagi Politik terkini
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
34 minit lalu · Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023 · Politik
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
December 7, 2023 · Politik
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok