MetMalaysia keluar amaran hujan lebat, orang ramai dinasihat berhati-hati risiko banjir

March 3, 2023 · Isu semasa

Hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa buah negeri hari ini sehingga Isnin, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan terbaharu meramalkan angin kencang dan laut bergelora melanda perairan laut China Selatan hari ini sehingga Isnin depan.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata, berdasarkan analisis model cuaca, luruan monsun ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung serta barat dan tengah Sarawak.

Katanya, amaran hujan berterusan yang membabitkan negeri-negeri berkaitan bermula sehingga esok.

“Kenaikan paras air laut dijangka di kawasan perairan Kelantan, Terangganu, Pahang dan timur Johor berisiko menyebabkan limpahan air laut di pesisir pantai.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya lapor BH.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam.

NADMA melalui kenyataan di laman Twitter rasminya memaklumkkan, terdapat beberapa lokasi ‘hotspot’ dikenal pasti berisiko dilanda banjir kilat.

Antaranya di Perak membabitkan lapan daerah iaitu Bagan Datuk, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung dan Perak Tengah.

Selain itu, Pulau Pinang pula membabitkan satu daerah sahaja iaitu Seberang Perai Selatan (Mukim 9, Mukim 11, Mukim 10, Bandar Nibong Tebal, Mukim 7 serta kawasan sekitarnya).

Bagi Negeri Sembilan pula membabitkan Port Dickson dan Rembau.

Antara lokasi ‘hotspot’ yang berisiko dilanda banjir kilat di Pahang membabitkan tujuh daerah iaitu Bentong, Bera, Kuantan, Maran, Pekan, Raub dan Temerloh, manakala di Melaka, Alor Gajah, Jasin serta Melaka Tengah.

Beberapa daerah di Selangor turut disenaraikan sebagai lokasi hotspot banjir kilat iaitu Hulu Langat, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Petaling dan Sabak Bernam.

Berita berkaitan
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
1 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
2 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
19 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
24 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok