Menteri gesa pengguna buat aduan lengkap kenaikan harga beras

September 15, 2023 · Isu semasa

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali menasihatkan pengguna agar membuat aduan segera berhubung kenaikan harga beras tempatan yang termasuk dalam harga kawalan di pasaran dan isu berkaitan bagi memudahkan pihak penguat kuasa mengambil tindakan.

Beliau berkata aduan yang dikemukakan itu perlu disertakan maklumat lengkap dan terperinci bagi memudahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuat semakan sebelum tindakan lanjut diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab terbabit, lapor Bernama.

“Kalau setakat tular gambar dan video tetapi tiada maklumat, mungkin dalam tempoh kita (KPDN) mencari maklumat, pihak yang melakukan kesalahan akan bertindak menyembunyikan (kesalahan).

“Saya harapkan kita dapat kerjasama daripada masyarakat. Lebih banyak aduan, lebih kita suka kerana inilah fungsi dan tanggungjawab KPDN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Sabah di sini hari ini.

Armizan berkata KPDN telah menerima 142 aduan mengenai kenaikan harga beras di seluruh negara menerusi Op Jamin yang dilancarkan pada Julai lepas.

Di Sabah, Armizan berkata sebanyak 295 pemeriksaan telah dilakukan sejak Julai ke atas premis perniagaan sebagai usaha memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga beras hingga membebankan pengguna.

Beliau berkata kementerian juga telah menubuhkan Unit Risikan Perniagaan berkuat kuasa pada 1 Sept lepas yang antara lain untuk bertindak terhadap aduan yang berkaitan, selain melakukan risikan awal bagi mengekang isu kartel dalam rantaian bekalan.

Mengulas mengenai jelajah mini karnival itu, beliau berkata ia dianjurkan bertujuan menggalakkan rakyat Sabah supaya memberi keutamaan kepada barangan buatan tempatan, selain ia juga adalah inisiatif kerajaan menerusi Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).

“Pelaksanaan KBBM pada tahun ini adalah langkah tepat kerajaan melalui KPDN dalam meneruskan usaha memartabatkan barangan Malaysia ketika isu peningkatan kos sara hidup dan krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia pada ketika ini,” katanya.
Jelajah mini karnival itu berlangsung hingga esok melibatkan pempamer yang menawarkan pelbagai keunikan produk tempatan.

Berita berkaitan
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023· Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023· Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023· Isu semasa
Empat MP Sabah melompat, AGC bantah permohonan Bersatu supaya kerusi dikosongkan
August 30, 2023· Politik
Popular
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
2 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
15 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
15 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
16 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok