Mat Sabu, Chin Tong dedah petikan laporan audit forensik projek LCS

August 18, 2022 · Isu semasa

Bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan bekas timbalannya Liew Chin Tong hari ini mengeluarkan petikan daripada laporan audit forensik yang belum didedahkan mengenai skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang diarahkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2019.

Dalam satu kenyataan bersama, kedua-duanya juga mengecam kelewatan dalam menyahklasifikasikan laporan audit forensik, selain berkongsi beberapa petikan daripada Laporan Prosiding (Hansard) Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bertarikh 8 Mac, yang mereka dakwa memberikan butiran keputusan audit itu.

Mereka menekankan bahawa salah laku ini hanya terbongkar selepas kerajaan PH memberi arahan untuk meneliti perkara itu.

“Laporan Jawatankuasa Tadbir Urus, Perolehan dan Siasatan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) telah didedahkan semalam, tetapi laporan audit forensik dan surat teguran bekas Panglima Tentera Laut Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor masih belum dinyahklasifikasikan.

“Pengauditan forensik Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bermula pada 2019 seperti yang diarahkan oleh pentadbiran PH dan laporan itu disiapkan pada Julai 2020, selepas kejatuhan kerajaan PH.

“Atas sebab yang tidak diketahui, pihak pengurusan Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) memilih untuk menjalankan audit forensik bagi 2010 hingga 2014 sahaja.

“Bagaimanapun, dapatan pengauditan forensik ini juga amat mengejutkan,” kata mereka.

Mohamad dan Chin Tong berkata, semakan dan analisis dokumen serta sejarah urus niaga menunjukkan penyelewengan, penipuan dan salah urus, yang juga melibatkan pegawai kanan yang mengikut arahan secara buta tuli dan tidak menaikkan ‘red flags’ dalam perolehan tersebut.

“Pelanggaran tanggungjawab fidusiari amat jelas di situasi ini dan merupakan sebuah jenayah pecah amanah. Salah laku ini tidak akan terbongkar tanpa siasatan yang diarahkan oleh kerajaan PH,” kata mereka.

Kedua-duanya berkata pada halaman 27 laporan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Pengarah Eksekutif Alliance Investigative and Forensic Accounting, Prabhat Kumar memberi keterangan bahawa mereka yang terlibat tidak berniat untuk menyiapkan projek LCS, tetapi hanya mempunyai niat untuk memaksimumkan keuntungan sendiri.

“Terma dan syarat usaha sama BHIC dan Rheinmetall Air Defence AG (RAD) (kedua-dua melalui anak syarikat) untuk menubuhkan Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) berat sebelah dan memihak kepada RAD sehingga menjejaskan kepentingan BHIC.

“RAD mempunyai kuasa mutlak dalam pengurusan CAD. Keputusan ini juga menyukarkan akses kepada maklumat yang diperlukan untuk memahami butiran operasi perniagaan CAD dan menjalankan audit dalaman.

“Terdapat kepentingan dan tangan tersembunyi di dalam operasi syarikat di mana CAD digunakan sebagai kenderaan untuk menjalankan projek yang dikeluarkan oleh BNS,” katan mereka.

Mereka juga menegaskan bahawa Ahmad Ramli – yang merupakan pengarah urusan BHIC ketika itu – dan Anuar Murad selaku pengarah program LCS adalah pihak yang mengeluarkan Surat Perjanjian dan Perintah Perubahan tanpa mendapat pandangan daripada pasukan teknikal dan komersial, serta jawatankuasa pemandu LSC serta tidak melindungi BHIC.

“Mereka bertindak seperti mereka berdua sahaja dalam organisasi. Pada muka surat 22, Prabhat Kumar mengatakan bahawa ‘Adalah jelas bahawa dalam kes program LCS, Anuar bin Murad mengetepikan kuasa semua orang bawahannya, dan bertindak dengan cara seolah-olah mereka hanya dua orang dalam keseluruhan organisasi. ‘.”

“Ia adalah konflik kepentingan secara terang-terangan di mana Tan Sri Ramli adalah pengerusi Jawatankuasa Pemandu LCS dan CAD, dan pada masa yang sama juga Pengarah Urusan BHIC,” kata mereka.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Subsidi ditamatkan, jangan risau harga ayam tidak akan naik
November 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok