Mat Maslan yakin negara tak alami kegawatan ekonomi tahun ini

March 6, 2023 · Isu semasa

Kegawatan ekonomi dijangka tidak akan dialami negara pada tahun ini, kata Datuk Seri Ahmad Maslan penuh yakin.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan I itu berkata jangkaan tiada kegawatan itu dibuat susulan ramalan prestasi pertumbuhan ekonomi negara yang dijangka berkembang sekitar 4.5 peratus pada tahun ini.

“Malah, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia turut mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia 2023 pada kadar 4.4 peratus dan 4 peratus. Jangkaan ini adalah selari dengan unjuran pertumbuhan ekonomi dan perdagangan global yang diunjurkan dengan lebih perlahan pada tahun ini.

“Berdasarkan statistik ini, meskipun berdepan dengan cabaran ketidaktentuan global, saya ingin menegaskan bahawa Malaysia, Insya-Allah tidak akan mengalami kagawatan ekonomi pada 2023.

“Hal ini berdasarkan ketakrifan kegawatan atau kemelesetan ekonomi secara teknikal adalah apabila sesebuah negara mengalami penguncupan ekonomi iaitu pertumbuhan negatif suku tahunan sebanyak dua kali berturut-turut,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Idris Ahmad bertanya berhubung pelan kerajaan dalam menghadapi kegawatan ekonomi yang dijangka berlaku tahun ini.

Dalam soalan tambahan, Idris juga bertanya sama ada kadar dasar semalaman (OPR) yang kini 2.75 peratus akan dinaikkan pada masa akan datang.

Ahmad tidak menjawab soalan tersebut secara langsung dan berkata bahawa kenaikan kadar OPR telah berjaya mengekang kadar inflasi negara.

“OPR ini telah diturunkan sebelum ini ketika Covid-19 kepada 1.75… antara puncanya ialah untuk bantu rakyat, kemudian OPR telah dinaikkan secara berperingkat sekarang (yang) nilainya 2.75.

“Separuh daripadanya melibatkan mereka yang dikenakan faedah secara tetap dan separuh melibatkan mereka yang dikenakan faedah yang terapung, yang jadi masalah ialah mereka yang dikenakan faedah secara terapung ini, (di mana) mereka ada bebanan dengan kenaikan OPR itu.

“… adakah OPR akan dinaikkan pada masa akan datang, kita tunggu. Yang penting, dengan kadar kenaikan OPR daripada 1.75 ke 2.75, itu telah berjaya mengekang kadar inflasi (dan) dijangka kadar inflasi pada tahun ni ialah 3.3 peratus, lebih rendah daripada sebelum ini,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023· Isu semasa
Tak kenang budi, dulu dia dizalimi PAS juga yang dicari: Idris
March 10, 2023· Politik
Anak Kedah kecewa PM Anwar seakannya sekat kemajuan negeri Kedah
March 8, 2023· Rencana
Jimat RM17 bilion jika T20 tak diberi subsidi petrol: Mat Maslan
February 28, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
1 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
2 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
20 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok