Mat Kilau dinobat Tokoh Maal Hijrah Pahang

July 30, 2022 · Isu semasa

Tokoh sejarah dan pahlawan Pahang Mat Kilau dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Pahang pada sambutan peringkat negeri yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah hari ini.

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah itu kepada cucu pahlawan tersebut Mohd Alhamadi Abu Bakar yang menerima wang tunai RM10,000, trofi dan sijil, lapor Bernama.

Mohd Alhamadi, 56, yang merupakan seorang pendidik melahirkan rasa syukur dan terharu terhadap kerajaan negeri Pahang kerana memberikan pengiktirafan tersebut kepada datuknya dan berharap ia terus meningkatkan semangat juang keluarga serta orang ramai untuk mengembangkan syiar Islam.

“Perjuangan Mat Kilau adalah atas dasar agama… perjuangan menentang Inggeris bersama ayahnya Tok Gajah dan Datuk Bahaman adalah disebabkan kuasa penjajah yang hendak masuk ke Pahang dan memperkenalkan sistem pemerintahan Inggeris.

“Maka disebabkan itu, Mat Kilau dan rakan-rakannya bangkit bangun melawan demi menegakkan Islam di Pahang,” katanya semasa ditemui pemberita selepas tamat majlis sambutan yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’ itu.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan turut disertai barisan pentadbiran negeri diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Mat Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Khatib Rasu Abd Salam dijaga ibu bapa Mohd Alhamadi selama kira-kira 30 tahun sebelum beliau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970 pada usia 104 tahun. Semasa itu Mohd Alhamadi berumur sekitar lima tahun.

Mohd Alhamadi berkata datuknya yang mesra dipanggil ‘Aki Kilau’ juga menjadikan zikir dan bacaan surah Al-Ikhlas sebagai amalan setiap hari yang kini diwarisi ahli keluarga serta ahli seni silat tapak suci warisan Mat Kilau.

Menyifatkan dirinya sebagai ‘hanya wakil penerima anugerah itu’, Mohd Alhamadi berkata wang tersebut akan digunakan sebaiknya bagi menambah baik galeri Mat Kilau di sini, yang diusahakannya sendiri sejak tahun 2016 dan persatuan seni silat tersebut.

Sementara itu, berdasarkan kenyataan jawatankuasa induk dan pelaksana sambutan, Mat Kilau yang merupakan anak jati Kampung Kedondong, Pulau Tawar di Jerantut berpengetahuan luas dalam agama dan pernah belajar agama daripada tokoh agama dan ulama tersohor.

Antaranya ialah Mufti Pahang pertama Uthman Senik, ulama Sayyid Abdul Rahman Sayyid Muhammad Al-Idrus atau lebih dikenali sebagai Tokku Paloh dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu semasa beliau bersembunyi di negeri tersebut.

Selain itu, Mat Kilau juga pandai mengaji al-Quran, berzanji, berdikir maulud dan berdikir rebana yang turut dikenali sebagai Dikir Pahang serta handal dalam ilmu persilatan.

Berita berkaitan
Kemalangan keretapi ERT langgar 14 ekor lembu, semua mangsa terselamat
November 3, 2023· Isu semasa
Dakwa ada negeri minta wang bayar gaji, Sanusi minta Anwar henti berbohong
October 7, 2023· Politik
Siapa nak percaya cakap Zahid lagi? soal PAS Pahang
October 6, 2023· Politik
Mokhzani kekal Presiden MAM, mahu tangani lumba haram
October 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kes rasuah: Wan Saiful hantar surat kepada SPRM
May 8, 2023
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok