Malaysia ambil pendirian berkecuali dalam penggantungan keahlian Rusia

April 8, 2022 · Isu semasa

Malaysia mengundi untuk berkecuali dalam pengundian Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menggantung keahlian Rusia dalam Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM) PBB.

Sebanyak 58 negara mengundi untuk berkecuali termasuk Malaysia manakala 93 lagi negara menyokong dan 24 negara membantah dalam pengundian resolusi itu pada Khamis, lapor Bernama.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan Malaysia menekankan bahawa keputusan penting seperti penggantungan anggota MHAM tidak boleh diambil secara terburu–buru dan perlu diberikan masa untuk dibincangkan.

“Pada 7 April 2022, Sesi Khas Ke-11 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang disambung semula telah memutuskan untuk menggantung keanggotaan Rusia dalam MHAM.

“Malaysia turut terlibat dalam proses pengundian dan telah mengundi untuk berkecuali,” menurut kenyataan itu.

Malaysia berpendapat bahawa Suruhanjaya Siasatan yang ditubuhkan MHAM pada Mac 2022, perlu diberikan masa untuk menjalankan siasatan dan membentangkan penemuannya terlebih dahulu bagi mengesahkan sebarang dakwaan mengenai pelanggaran hak asasi manusia dan undang–undang kemanusian yang berlaku di kawasan konflik.

“Sebagai ahli MHAM, Malaysia mengulangi pendirian prinsipnya untuk tidak menyokong sebarang tindakan yang mempolitikkan isu-isu yang dibentangkan di MHAM,” jelas kenyataan itu.

Malaysia akan terus memantau perkembangan, termasuk situasi hak asasi manusia dan kemanusiaan di kawasan bergolak, selain mengulangi seruan supaya bantuan kemanusiaan dapat dihulurkan tanpa halangan kepada semua pihak yang terkesan, terutamanya golongan rentan.

Malaysia menggesa semua pihak supaya meredakan ketegangan, meneruskan dialog dan rundingan damai, serta mematuhi sepenuhnya kewajipan masing-masing selaras dengan undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa.

MHAM merupakan badan subsidiari di bawah PBB

Di bawah Peraturan Prosedur PBB menetapkan bahawa Perhimpunan Agung PBB boleh menggantung keahlian mana-mana ahli MHAM yang melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang teruk dan sistematik dengan sokongan majoriti dua pertiga negara anggota PBB yang hadir dan mengundi.

Sebanyak 18 negara lagi mengambil keputusan untuk tidak mengundi.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Mesyuarat PBB tergempar diadakan bincang krisis Palestin-Israel
October 9, 2023· Dunia
Samakan diri dengan Mandela, Sanusi kata ‘kepala lutut hang’ kepada Anwar
October 7, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok