Samakan diri dengan Mandela, Sanusi kata ‘kepala lutut hang’ kepada Anwar

October 7, 2023 · Politik

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamakan dirinya dengan pejuang kebebasan kaum kulit hitam, Nelson Mandela dicemuh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menteri Besar Kedah itu memperlekehkan tindakan Perdana Menteri yang menyamakan dirinya dengan perjuangan dihadapi Mandela semasa wawancara di New York sebelum ini dengan berkata “kepala lutut hang” kerana ia sama sekali berbeza dengan hukuman penjara dijalaninya.

“Baru ni dalam interview (wawancara) itu dia kata dia ni macam Mandela, mandela kepala lutut hang,” katanya semasa berceramah Grand Finale Perikatan Nasional (PN) di Simpang Pelangai sempena Pilihan Raya Kecil (PRN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai esok.

Sanusi berkata Mandela dipenjara kerana perjuangan menuntut kebebasan untuk kaum kulit hitam dan ia berbeza sama sekali dengan hukuman penjara yang dikenakan sebanyak dua kali dijalani Anwar sebelum ini.

“Orang kenal Mandela itu, dia pejuang menentang dasar aparteid… Orang putih buat diskriminasi kepada orang kulit hitam di Afrika Selatan, dia kena penjara dua puluh tujuh tahun Nelson Mandela.

“Tapi dia (Anwar) ni bukan menentang dasar aparteid, dia kena pasal lain… Janganlah ambil kemuliaan Mandela bubuh kat hang,” katanya lagi.

Tegasnya lagi, Anwar sudah didapati bersalah oleh mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya dan kemudiaan diberikan pengampunan semasa Pakatan Harapan (PH) menang dibawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bukan sekali oi, banyak kali… ini ada pula mangkuk hayun mana mempertahankannya kata habis dah dosa-dosa semua sebab dapat ampun, pengampunan,” katanya lagi.

Semasa sesi dialog anjuran Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), sebuah badan pemikir yang khusus dalam dasar luar AS dan hubungan antarabangsa di New York lalu, Anwar menghabiskan hampir lima minit bercakap tentang pemenjaraannya serta perbualan yang didakwanya pernah dilakukan dengan mendiang Mandela.

Anwar merupakan salah seorang daripada tetamu jemputan dalam program tersebut yang dihoskan oleh CFR ketika Perhimpunan Agung PBB baru-baru ini di New York.

Bagaimanapun, pengguna media sosial mengkritik Anwar dalam wawancara tersebut dengan berkata mereka berasa malu dengan jawapan diberikan Anwar, terutamanya apabila beliau dilihat sentiasa bercakap tentang pengalaman peribadinya yang lalu malah cuba berjenaka.

Berita berkaitan
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
16 jam lalu· Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
17 jam lalu· Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
17 jam lalu· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Popular
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023 · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok