Mahkamah tetapkan pengurusan kes rayuan VLN Zahid pada 28 Julai

May 12, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Julai untuk pengurusan kes bagi rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Pengurusan kes untuk rayuan itu dijalankan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof hari ini yang menetapkan tarikh pengurusan kes baharu itu, menurut laporan Bernama.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tarikh pengurusan kes selanjutnya ditetapkan berikutan permohonan pihak pendakwaan untuk tarikh lain bagi Jabatan Peguam Negara menimbangkan representasi Ahmad Zahid untuk pihak pendakwaan menghentikan rayuannya.

Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Rayuan pada 26 Sept tahun lepas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan dan melepaskan Ahmad Zahid, yang kini timbalan perdana menteri, daripada semua pertuduhan selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Presiden UMNO itu mengaku tidak bersalah atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah S$13.56 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk dirinya sebagai menteri dalam negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan sistem VLN, serta mengekalkan kontraknya dengan Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan sistem bersepadu VLN.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Beliau juga didakwa atas 33 pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, iaitu beliau didakwa atas kapasitinya sebagai menteri dalam negeri menerima rasuah berjumlah S$13.56 juta berhubung sistem VLN antara 2014 dan 2017.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada syarikat sama yang diketahui mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau.

Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Country Heights Kajang antara Jun 2015 dan Oktober 2017.

Dalam petisyen rayuan difailkan pada 29 Dis tahun lepas, pihak pendakwaan mengemukakan 14 alasan tertumpu kepada dapatan fakta dan undang-undang yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi mengenai persoalan sama ada berlakunya pemberian dan penerimaan wang secara rasuah dalam kes tersebut.

Berita berkaitan
Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
May 28, 2023· Politik
Kes saman: MP DAP fail rayuan tangguh bayar ganti rugi RM2 juta
May 23, 2023· Isu semasa
Kalimah Allah: Keputusan tarik rayuan ‘tempang’
May 22, 2023· Isu semasa
Buat hantaran jelik, sebutan rayuan kes Jamal ditetapkan pada 17 Ogos
May 18, 2023· Politik
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
2 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
4 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
4 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
19 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
11 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok