Mahkamah benar kes pengubahan wang haram Rosmah dibangkitkan

October 21, 2021 · Isu semasa

Pernyataan Datin Seri Rosmah Mansor yang dirakam mengikut Seksyen 32 Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) dibenarkan untuk digunakan dalam kes rasuah RM1.25 bilion.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dan peguam Datuk Jagjit Singh serta Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah.

Zaini dalam keputusannya juga berkata pihak pendakwaan boleh menggunakan keterangan Rosmah yang dirakam di bawah Seksyen 32 AMLA untuk mencabar kredibiliti tertuduh berdasarkan Seksyen 40 akta sama.

“Saya mengambil maklum dengan cadangan pendakwaan untuk memeriksa balas tertuduh berkaitan dakwaan yang dihadapi di bawah Amla (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001) dan dakwaan pernyataan bank, serta dakwaan deposit oleh (individu bernama) Roslan Sohari.

“Saya berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang memenuhi syarat di bawah Seksyen 54(2)(b) Akta Keterangan 1950.

“Bagaimanapun, saya tak benarkan soalan ditanya berhubung fakta pertuduhan AMLA yang dihadapi tertuduh, melainkan yang dia didakwa mengikut akta itu.

“Nilai pembuktian dalam hasrat pendakwaan untuk membangkitkan (kes pengubahan wang haram) tidak mengatasi unsur prejudis yang mungkin dihadapi tertuduh,” kata Zaini dipetik dalam satu laporan media.

Mohamed Zaini bagaimanapun menolak permohonan pendakwaan untuk menyoal balas karakter tertuduh mengikut Seksyen 54 Akta Keterangan 1950.

Pihak pendakwaan seharusnya menyambung soal balas ke atas Rosmah dalam prosiding hari ini.

Pada 5 Oktober lalu, Rosmah memberi keterangan secara bersumpah pada prosiding perbicaraan peringkat bela diri kes rasuah membabitkan solar hibrid bernilai RM1.25 bilion di Sarawak

Bagaimanapun, selepas keputusan itu, mahkamah menangguhkan prosiding perbicaraan.

Rosmah, 69, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin berkaitan projek tenaga solar itu menerusi bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor.

Ia sebagai balasan kerana membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan secara rundingan terus.

Rosmah dituduh melakukan kesalahan itu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; di kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta serta di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.

Prosiding perbicaraan bersambung 8 Disember ini.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok