Macau Scam: Warga emas kerugian RM140,000

January 17, 2023 · Isu semasa

Seorang warga emas mengalami kerugian RM140,000 selepas menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata wanita berusia 66 tahun dan tidak bekerja itu membuat laporan polis semalam berhubung kejadian tersebut.

“Mangsa mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis bernama ‘Puan Rohani’ dengan mendakwa kononnya mangsa terlibat dalam kes penggubahan wang haram dan akan ditangkap.

“Mangsa mendakwa telah ditipu oleh suspek sejak Oktober hingga Disember tahun lalu dan apabila membuat semakan semalam mendapati wang dalam akaun banknya telah berkurangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nor Omar berkata modus operandi sindiket itu ialah meminta mangsa memindahkan wang daripada akaun Tabung Haji ke akaun bank mangsa dan menyerahkan maklumat bank kepada suspek.

“Suspek telah bertindak memindahkan wang di dalam akaun mangsa ke dalam akaun individu yang tidak dikenali,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Omar berkata sebanyak RM2.4 juta membabitkan 87 kes Macau Scam direkodkan di daerah Manjung sepanjang tahun lepas.

“Polis mendapati antara modus operandi penipuan Macau Scam adalah suspek menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai penguat kuasa, polis, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), mahkamah, institusi kewangan atau syarikat perkhidmatan.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak melayan panggilan telefon oleh individu yang tidak dikenali selain tidak mendedahkan maklumat perbankan kepada mana-mana pihak,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok