Macau Scam: ‘Sarjan Farah’ tipu arkitek RM121,000

May 10, 2022 · Isu semasa

Seorang arkitek sebuah syarikat swasta di Kucing kerugian RM121,000 setelah diperdaya satu sindiket Macau Scam yang kononnya dapat menyelesaikan satu kes jenayah kewangan melibatkannya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri hari ini berkata lelaki berumur 35 tahun itu, membuat laporan polis semalam di sini setelah menyedari dirinya ditipu sindiket itu yang menghubunginya bermula 1 Mac lepas, lapor Bernama.

“Mangsa telah menerima panggilan telefon dari seorang lelaki memperkenalkan dirinya sebagai Mohd Rizuan dari Mahkamah Langkawi pada 1 Mac, mengatakan mangsa telibat dalam satu kes pengubahan wang,” katanya dalam satu kenyataan.

Setelah mangsa menafikan penglibatannya, panggilan itu disambungkan kepada seorang lagi suspek yang mendakwa dirinya Sarjan Farah dari Balai Polis Langkawi dan akan membantu mangsa membuat laporan penafian dengan syarat, mangsa membuat pembayaran untuk audit dan siasatan.

“Mangsa kemudian dihubungi beberapa individu melalui telefon bagi mengarahkannya membuat bayaran itu. Mangsa melakukan 11 transaksi wang keseluruhannya berjumlah RM121,000 ke empat akaun bank atas nama individu yang berlainan di antara 1 Mac dan 12 April,” kata Mohd Azman.

Menurutnya mangsa hanya menyedari dirinya ditipu setelah nombor-nombor telefon yang digunakan suspek-suspek itu tidak dapat dihubungi selepas beliau membuat pembayaran berkenaan.

Berita berkaitan
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023· Isu semasa
Macau Scam: Warga emas kerugian RM140,000
January 17, 2023· Isu semasa
Kerugian berkaitan jenayah komersial cecah RM5.2 bilion: Acryl Sani
June 25, 2022· Isu semasa
Elak jadi mangsa penipuan scammer
June 13, 2022· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
3 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok