Macau scam: Doktor rugi RM100,000 ditipu menyamar pegawai LHDN

June 18, 2023 · Isu semasa

Panik dimaklumkan disenaraikan sebagai ‘orang dikehendaki polis’ menyebabkan seorang doktor wanita kerugian RM100,000, selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 28 tahun mendakwa menerima panggilan telefon pada Jumaat lepas daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), menurut laporan Bernama.

“Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram sebelum panggilan disambungkan ke seorang lagi suspek, kononnya pegawai polis yang mengesahkan mangsa akan disenarai hitam kerana berada dalam rekod dikehendaki.

“Mangsa mendakwa ‘polis’ itu mengarahkannya membuka akaun bank baharu dan memasukkan wang RM100,000 ke dalamnya serta diarahkan berkongsi maklumat perbankan tersebut kononnya bagi mengeluarkan diri daripada senarai itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa yang mendakwa dirinya panik juga menuruti arahan supaya mengambil swafoto dan berkongsi gambar berkenaan dengan suspek selang beberapa jam.

Mangsa bagaimanapun curiga selepas gagal menghubungi suspek bagi mendapatkan perkembangan status ‘orang dikehendaki’ itu, lalu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam.

Yahaya menasihatkan orang ramai untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi termasuk perbankan kepada pihak ketiga selain membuat semakan nombor telefon atau nombor akaun di Check Scammers CCID atau di https://semakmule.rmp.gov.my/ bagi mengelak risiko menjadi mangsa penipuan.

Berita berkaitan
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023· Isu semasa
Kami teruskan mogok esok: Doktor
April 2, 2023· Isu semasa
KKM beri peringatan jangan sertai perhimpunan haram
April 2, 2023· Isu semasa
8,000 doktor KKM dijangka letak jawatan bulan ini: Laporan
April 1, 2023· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Bot bawa PATI karam guna empat enjin 200 kuasa kuda
December 16, 2021
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok