Bot bawa PATI karam guna empat enjin 200 kuasa kuda

December 16, 2021 · Isu semasa

Sebelas mayat pendatang asing tanpa izin (PATI) ditemui setelah bot mereka karam dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, manakala 25 lagi dilaporkan masih hilang, dengan 14 individu terselamat.

Tragedi itu berlaku ketika bot sindiket pemerdagangan manusia membawa 50 PATI dari Indonesia cuba mendarat di perairan Tanjung Balau, Johor, dalam cuaca buruk, sebelum mengambil pendatang lain pulang ke Indonesia.

Siasatan awal pihak berkuasa Malaysia mendapati sindiket terbabit mahu menurunkan semua PATI di pantai Tanjung Balau, tetapi ombak yang terlalu besar menyebabkan bot itu terbalik.

Bot berkenaan menggunakan empat enjin Yamaha yang masing-masing mempunyai empat injap sebaris dengan 200 kuasa kuda. Ia dianggarkan berharga lebih RM22,000 setiap satu.

Sementara itu memetik Bernama, sindiket terbabit sepatutnya mendaratkan semua penumpang warga Indonesia di Kampung Tengah, di Kota Tinggi, dan mengambil sekumpulan warga Indonesia lain untuk pulang ke republik berkenaan.

Bagaimanapun, bot itu yang difahamkan berlepas dari Batam, Indonesia kira-kira jam 11 malam kelmarin dipercayai ‘bertukar haluan’ menuju ke arah Pantai Tanjung Balau, yang terletak dua hingga tiga kilometer dari lokasi asal.

Pegawai Memerintah Rejimen Ketujuh Artileri Diraja, Leftenan Kolonel Mohamed Ridzal Radzuan, berkata bot berkenaan yang dipercayai dikendalikan sebuah sindiket, bertindak menukar lokasi pendaratan apabila menyedari kehadiran pasukan keselamatan di kawasan berkenaan.

Terdahulu, pasukannnya telah mengesan sebuah bot yang kelihatan mencurigakan berdekatan Kampung Tengah dan menjejaki sekumpulan pendatang tanpa izin sedang bersembunyi di dalam semak di kampung itu.

“Siasatan awal mendapati mereka (sindiket) mahu menurunkan penumpang di pantai Tanjung Balau, tetapi ombak yang terlalu besar menyebabkan bot terbalik,” katanya ketika ditemui di Pos Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tanjung Sepang, semalam.

Pasukan Rejimen Ketujuh Artileri Diraja, yang kini menjaga persisiran pantai barat Johor sepanjang 210 kilometer itu, adalah pasukan terawal mengesan kehadiran bot berkenaan.

“Sepanjang saya dan pasukan menjalankan operasi di sini, keadaan cuaca tak berapa baik dan ombak besar berikutan Monsun Timur Laut.

“Bila keadaan laut begini, dan mereka (sindiket) tahu pihak berkuasa melakukan penguatkuasaan di persisir pantai..kebanyakan tekong ini akan lepaskan penumpang mereka di tengah laut untuk menyelamatkan diri mereka (sindiket),” katanya.

Beliau berkata, bot yang karam itu adalah bot berkuasa tinggi dan mempunyai empat enjin dengan 200 kuasa kuda setiap satu.

“Bot besar memang jadi pilihan sindiket terutama melalui kawasan berombak besar seperti ini,” katanya.

Selain itu, hasil siasatan awal terhadap pendatang tanpa izin yang ditahan, kebanyakan mereka bukan kali pertama datang ke negara ini, malah sudah acap kali berulang-alik bagi mencari rezeki.

Mohamed Ridzal berkata, sindiket itu turut disifatkan ‘hati kering’ kerana menurunkan penumpang di tengah laut dengan pendatang tanpa izin itu rata-ratanya tidak mengetahui nasib mereka sebelum masuk ke dalam negara dan risiko yang perlu dihadapi apabila mengikuti laluan yang tidak sah dan berbahaya.

Beliau berkata, cabaran bagi pihak ATM adalah untuk memastikan keselamatan kawasan tanggungjawab (KTJ) kekal terpelihara meskipun mempunyai kekangan dengan KTJ sepanjang 210 kilometer hanya terdapat 25 pos pemerhati selain kekurangan anggota dan pegawai.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pihaknya juga sering menukar modus operandi dan taktik bagi mengatasi cabaran berkenaan dalam usaha memastikan keselamatan perairan negara terjaga.

Selain itu, kerjasama antara agensi penguat kuasa lain menerusi Ops Benteng seperti Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan pihak berkuasa tempatan juga diteruskan dan sentiasa diperhebat.

Sejak 19 November hingga semalam, Pasukan Rejimen Ketujuh Artileri Diraja menerusi Ops Benteng telah menahan seramai 144 pendatang tanpa izin selain menemukan 15 mayat pendatang.

Berita berkaitan
Bot Perikanan hanyut ditemui tentera Indonesia, 4 staf selamat
March 1, 2023· Isu semasa
Hormat kedaulatan Malaysia, kata KP Imigresen isu tangkap PATI Indon
February 8, 2023· Isu semasa
Remaja seludup PATI kena SOSMA
August 17, 2022· Isu semasa
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022· Isu semasa
Popular
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
April 30, 2022
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok