Jurutera wanita rugi RM2.9 juta ditipu sindiket ‘Macau Scam’

January 20, 2023 · Isu semasa

Seorang jurutera wanita yang bertugas di Bayan Lepas, Pulau Pinang, kerugian RM2.9 juta setelah jatuh dalam perangkap ‘Macau Scam’ baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mangsa berusia 45 tahun, dihubungi individu yang mendakwa daripada syarikat kurier memberitahu dia menerima bungkusan mengandungi barang terlarang pada 1 Disember tahun lepas.

Beliau berkata, pemanggil kemudian memberitahu mangsa terdapat MyKad dan kad ATM milik orang lain di dalam bungkusan itu.

Pemanggil telah memberitahu mangsa bahawa dia akan membuat laporan polis tetapi wanita itu menafikan sebarang penglibatan.

Mohd Shuhaily berkata, mangsa kemudian menerima panggilan daripada individu lain beberapa jam kemudian yang mendakwa sebagai “pegawai polis dari kontinjen polis Perak”, menjelaskan kepadanya isu yang dihadapi syarikat kurier itu.

Beliau menambah bahawa “pegawai” itu telah meminta mangsa untuk mengikut arahannya, termasuk memindahkan wang dari akaunnya ke akaun lain, atau berdepan penahanan kerana didakwa terlibat dalam aktiviti jenayah.

“Sejurus selepas panggilan itu, mangsa mula memindahkan wangnya ke dalam 26 akaun berbeza menerusi perbankan dalam talian dan deposit tunai.

“Mangsa yang panik melakukan seperti yang diarahkan. Dia memindahkan wang simpanannya sendiri sebanyak RM1.9 juta.

“Dia juga meminjam RM700,000 daripada keluarga dan rakan-rakannya serta mengambil dua pinjaman bank berjumlah lebih RM300,000, yang turut dipindah miliknya kepada akaun yang diberikan.

“Secara keseluruhannya, beliau telah melakukan 129 transaksi antara 1 Disember 2022 dan 6 Januari tahun ini,” katanya hari ini (20 Januari 2023) selepas meninjau pasar Taman Selamat di Bukit Mertajam, menjelang perayaan Tahun Baharu Cina.

Mohd Shuhaily berkata, wanita itu hanya menyedari dia menjadi mangsa penipuan selepas berbincang dengan rakan-rakannya mengenai kejadian itu.

Dia akhirnya membuat laporan polis semalam.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Banjir di Jempol, Gemas terburuk dalam tempoh 50 tahun
January 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok