Banjir di Jempol, Gemas terburuk dalam tempoh 50 tahun

January 1, 2022 · Isu semasa

Kedatangan 2022 membawa kepiluan buat lebih 100 penduduk Felda Palong Satu di sini apabila kediaman mereka dilanda banjir selepas hujan lebat lebih 10 jam semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan Felda Palong Satu Johar Dollah berkata beliau mula menyedari kejadian itu selepas 7 malam semalam apabila sebuah rumah dinaiki air hingga paras pinggang sebelum menjelang tengah malam beberapa rumah lain turut dinaiki air hingga paras pinggang dan bahu, menurut laporan Bernama.

“Kita (penduduk) memang tak jangka banjir berlaku memandangkan hujan lebat seperti ini pernah terjadi pada 2011 tapi kesannya tidak seteruk ini walaupun kawasan ini kerap berlaku banjir kerana terletak di kawasan rendah dan berdekatan anak sungai.

“Air memang naik dengan cepat dan kita tak mampu buat apa-apa. Kalau dulu hanya tujuh ke lapan rumah dinaiki air tetapi kali ini lebih 20 rumah, penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Palong Sat pada pukul 3 pagi,” katanya ketika ditemui di PPS itu yang menempatkan 96 orang daripada 19 keluarga di sini hari ini.

Johar berkata bencana berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan nyawa setakat ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Jempol Datuk Mohd Salim Mohd Sharif berkata pihaknya akan menyegerakan bantuan wang ihsan RM1,000 kepada keluarga terjejas dan jumlah sebenar keluarga akan dikenal pasti selepas urusan pemindahan mangsa ke PPS selesai.

Beliau berkata selain PPS Palong Satu, tiga lagi PPS turut dibuka setakat 4 petang tadi iaitu PPS Kampung Datuk Johan, Kampung Baru Rompin dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sialang yang menempatkan 177 orang daripada 40 keluarga.

Tinjauan Bernama di Gemas setakat 2.30 petang tadi mendapati laluan menuju ke daerah itu berdekatan jalan memasuki Kem Syed Sirajuddin dinaiki air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan.

Penduduk Taman Pinggiran Sungai Kelamah, Kamaruddin Idris, 63, menyifatkan banjir itu sebagai terburuk di Gemas dalam tempoh 50 tahun dengan air naik secara mendadak dalam masa hanya 10 minit pada pukul 4 pagi hingga menyebabkan penduduk tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang.

“Rumah ditenggelami air lebih paras bahu, kami hanya mampu melihat sahaja, habis semua barang tidak dapat diselamatkan. Kami dipindahkan oleh anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam awal pagi tadi menaiki bot ke PPS terdekat termasuk PPS SK Jelamah.

“Kejadian itu merupakan bencana terburuk sejak 1971. Memang tak sangka langsung, ingatkan lepas banjir di Jelebu baru-baru ini, di sini tak berlaku teruk sebegini, namun kami semua reda,” katanya yang berpindah ke PPS Sk Jelamah bersama empat ahli keluarganya.

Berita berkaitan
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
March 26, 2023· Isu semasa
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
13 minit lalu · Isu semasa
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
5 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok