Macau Scam membimbangkan di Selangor, kerugian cecah RM19.8 juta

May 22, 2022 · Isu semasa

Polis Selangor menyifatkan jenayah penipuan Macau Scam di negeri itu berada di tahap membimbangkan dengan 156 kes dicatat melibatkan kerugian RM19.8 juta dalam tempoh Januari hingga April tahun ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata daripada jumlah tersebut, majoriti daripadanya melibatkan penipuan transaksi dalam talian dengan menyamar antaranya sebagai penjawat awam dan penjualan barangan dalam kuantiti banyak.

“Yang paling tinggi melibatkan kes tipu menyatakan mereka (sindiket) adalah pegawai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Tabung Haji. Ini melibatkan kerugian paling banyak,” katanya selepas Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Kor Suksis) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam hari ini.

Arjunaidi berkata berdasarkan pemerhatian pihaknya mendapati mangsa kes tipu dalam talian meliputi semua golongan termasuk kakitangan kerajaan dan korporat.

Jelasnya, punca utama kes penipuan itu masih berleluasa adalah kerana mangsa mendapat panggilan cepat panik dan mempercayai individu yang menyamar khususnya sebagai penjawat awam atau penjual barangan.

“Misalnya, dia (penjenayah) telefon mangsa dan kata mereka dari LHDN…mereka selepas itu sambungkan panggilan ke pihak polis. Adalah tidak logik panggilan LHDN itu untuk sambungkan talian kepada pegawai penyiasat polis.

“LHDN dan polis mereka tidak pernah duduk sepejabat. Jadi kita nasihatkan orang ramai supaya tidak cepat panik kalau terima panggilan sebegini,” katanya.

Di samping itu, Arjunaidi berkata undang-undang sedia ada di bawah peruntukan Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu perlu dipinda agar ia seiring dengan teknologi yang kian berkembang.

“Undang-undang sedia ada tidak menepati keadaan sekarang dengan adanya sistem perbankan dan pemindahan wang dalam talian,” katanya.

Beliau berkata walaupun penjenayah tersebut ditangkap dan didakwa di mahkamah, jelasnya ia akan menimbulkan masalah dari segi pertuduhan kerana undang-undang sedia ada lebih melibatkan kes penipuan secara bersemuka. – Bernama

Berita berkaitan
Ditipu jualan kereta terpakai dalam FB, wanita rugi RM132,000
21 jam lalu· Isu semasa
Disiasat polis, MB Kedah sedia dokumen 1 beg
June 7, 2023· Isu semasa
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
June 7, 2023· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
June 7, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
35 minit lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
5 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
6 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok