Lebih 5,000 kenderaan lebihi had laju pada hari pertama Ops HRA

May 1, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 5,021 daripada 750,903 kenderaan yang melewati kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di lebuh raya semalam didapati melanggar had laju dibenarkan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan malam ini memaklumkan daripada sejumlah 236,671 kenderaan yang melewati kamera AWAS di lampu isyarat pula, 966 didapati melanggar lampu merah.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 29 kamera AWAS dipasang bagi memantau kesalahan memandu melebihi had laju dan 16 untuk memantau kesalahan melanggar lampu isyarat merah beroperasi sepenuhnya sejak semalam, lapor Bernama.

Kenyataan itu menyebut pada hari pertama Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2022 semalam, kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar isyarat lampu merah adalah yang tertinggi dilakukan pengguna jalan raya.

Menurut kenyataan itu, pelaku kedua-dua kesalahan akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun mengikut Seksyen 79 Akta 333 (JPJ).

“Sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM2,000. Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan seterusnya menurunkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya,” katanya.

Berita berkaitan
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023· Isu semasa
Ujian teori lesen memandu vokasional PSV, GDL mansuh
April 10, 2023· Isu semasa
Pamer cukai jalan di cermin kereta persendirian tak perlu lagi, umum Menteri
February 10, 2023· Isu semasa
Kontrak lanjutan JPJ bernilai RM23 juta berjaya diperoleh Heitech Padu
October 20, 2022· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok