Ujian teori lesen memandu vokasional PSV, GDL mansuh

April 10, 2023 · Isu semasa

Mereka yang ingin mendapatkan lesen memandu vokasional tidak lagi perlu menduduki ujian teori, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, hari ini (10 April 2023).

Beliau berkata, pengecualian ini adalah bagi mereka yang memohon lesen vokasional di bawah kategori Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL).

Pemohon hanya akan diminta menghadiri kelas teori sebelum lesen dikeluarkan kepada mereka.

“Selaras dengan usaha pendigitalan kementerian, kelas teori untuk semua kategori lesen vokasional boleh dijalankan secara dalam talian, melalui platform yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan institut pemanduan,” katanya pada sidang media hari ini (10 April 2023).

Bagaimanapun, calon yang memohon lesen PSV untuk bas dan GDL bagi lori artikulasi tetap diwajibkan menjalani latihan dan lulus ujian amali sebelum mereka diberikan lesen vokasional.

Loke berkata mereka yang menyediakan kelas teori dalam talian perlu menggunakan modul atau sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh JPJ.

Beliau berkata JPJ juga akan menentukan syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak yang menyediakan platform dalam talian bagi memastikan integriti dan ketulenan calon.

“Data dan maklumat calon akan disepadukan dengan sistem MySIKAP. Ini akan membolehkan lesen vokasional dikeluarkan terus kepada calon tanpa perlu hadir secara fizikal di kaunter JPJ untuk mengambil lesen mereka,” katanya.

Beliau berkata sukatan pelajaran kelas teori bagi semua kategori lesen vokasional terutama yang melibatkan ehailing dan teksi akan dikaji semula dan penambahbaikan dilakukan.

Mengenai lanjutan had umur teksi dan kenderaan e-hailing daripada 10 hingga 15 tahun, Loke berkata peraturan baharu itu terpakai kepada semua kenderaan e-hailing di seluruh negara dan teksi, teksi lapangan terbang dan teksi mewah di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata mereka yang berhenti menyediakan perkhidmatan teksi dan ehailing selepas kenderaan mereka mencapai had umur tua perlu memohon semula sebelum mereka boleh menyambung semula perkhidmatan mereka.

Berita berkaitan
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023· Isu semasa
Kerajaan mansuh subsidi menyeluruh secara berperingkat
June 26, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat: Kerajaan tidak bercadang mansuh tol
May 24, 2023· Isu semasa
Kerajaan PH-BN batal pelepasan cukai individu pencarum SSPN
March 27, 2023· Isu semasa
Popular
3,343 kes baharu libatkan penerima dos penggalak, 10 kematian
July 22, 2022
Pentingnya pengurusan kewangan orang muda
July 11, 2023
Jenayah seksual bukan bahan gurauan, perlu tindakan tegas
October 2, 2021
Petronas umum penemuan minyak di Suriname
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok