Petronas umum penemuan minyak di Suriname

September 9, 2022 · Isu semasa

Petronas Suriname E&P B.V. (PSEPBV) hari ini mengumumkan kejayaan penemuan pertama minyak di Suriname menerusi usaha yang dijalankan di telaga Baja-1, Blok 53 di kawasan luar pesisir negara tersebut.

Telaga yang terletak kira-kira 189 kilometer di luar pesisir Suriname pada kedalaman 1,140 meter, telah berjaya digerudi sehingga sedalam 5,290 meter, menurut laporan Bernama.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu turut menemukan minyak ringan di kawasan jujukan enapan usia Campanian dan penilaian pasca-penggerudian sedang dilakukan bagi mengesahkan potensi sumber penemuan tersebut.

“Penemuan di telaga Baja-1 merupakan satu pencapaian bermakna dalam usaha membuka sumber hidrokarbon laut daripada aktiviti cari gali kami.

“Malah, kami turut teruja dengan kejayaan ini dan akan kekal fokus untuk mengembangkan lagi portfolio antarabangsa, terutamanya di kawasan Amerika,” kata Naib Presiden Cari Gali Petronas Mohd Redhani Abdul Rahman.

Beliau turut menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti gabungan kepakaran serta pengalaman oleh semua rakan usaha yang terbabit.

PSEPBV merupakan pemegang 30 peratus kepentingan penyertaan dalam blok yang diuruskan oleh APA Suriname Corporation LDC yang mempunyai 45 peratus kepentingan manakala baki 25 peratus dipegang oleh CEPSA Suriname, S.L.

Selain itu, PSEPBV juga memegang 100 peratus kepentingan dan pengendali di Blok 48 dan terbabit dalam perkongsian 50:50 dengan ExxonMobil Exploration & Production Suriname B.V di Blok 52 yang juga kawasan berpotensi di lembangan Suriname-Guyana.

Berita berkaitan
Petronas sedia beri kerjasama kepada SPRM jalankan siasatan
May 27, 2023· Isu semasa
Untung Petronas 2022 sebelum kerajaan campuran terbaik dalam sejarah
March 14, 2023· Isu semasa
MP PN tuntut bayaran tunai petroleum terus ke Kelantan
March 7, 2023· Isu semasa
MP PKR pertahan cadangan penyenaraian IPO Petronas, dedah formula kiraan
February 24, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
3 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
5 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
5 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
20 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok