Jenayah seksual bukan bahan gurauan, perlu tindakan tegas

October 2, 2021 · Isu semasa

Rakyat Malaysia melahirkan rasa bimbang apabila kes jenayah seksual di negara ini semakin meningkat sejak kebelakangan ini dan meminta supaya kerajaan mencari penyelesaian terhadap perkara tersebut.

Pengerusi Malaysian Against Pornography, Dr Shamsuriani Md Jamal,  kes-kes melibatkan jenayah itu bukanlah perkara baharu wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Kata beliau, terdapat kes-kes tertentu yang menjadi tumpuan masyarakat kerana melibatkan personaliti popular dan perbuatan yang dilakukan di luar fikiran normal.

“Antara punca berlakunya jenayah seksual itu ialah disebabkan oleh pendedahan berleluasa kepada pornografi dan tiada maklumat awal berkenaan jenayah seksual terhadap kanak-kanak menyebabkan mereka tidak tahu bahawa ia adalah merupakan suatu kesalahan.

Dr. Shamsuriani menegaskan, rogol adalah jenayah seksual bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan gurauan.

“Ini samalah macam bunuh yang merupakan jenayah dan tidak pula dijadikan bahan gurauan. Lebih-lebih lagi rogol melibatkan maruah seseorang wanita.

“Jika seseorang wanita di bawah umur 18 tahun terganggu dengan gurauan tersebut, mereka perlu memberitahu orang yang mereka percaya dan hormat sama ada ibu bapa atau guru. Sekiranya bersekolah, mereka boleh memberitahu guru Hal Ehwal Murid (HEM) atau guru kaunselor,” katanya.

Justeru, beliau meminta ibu bapa memandang serius perkara ini sekiranya anak memberitahu tentang berlakunya pembulian dengan menggunakan rogol sebagai bahan atau  isu oleh sama ada rakan, guru atau sesiapa sahaja.

Tip kepada murid-murid sekolah jika mereka berhadapan dengan situasi ini.

  • Jangan diamkan. Ia adalah salah.
  • Tiada sesiapa boleh menjadikan rogol sebagai gurauan. Ini merupakan perlakuan yang tidak bermoral dengan menunjukkan sikap yang tidak hormat pada seseorang individu.
  • Tidak boleh dibiarkan dan harus ditegur . Perlu bawa kepada ibubapa dan guru mangsa berkenaan.

Berita berkaitan
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Gerakan sokong usaha ajar Hadis 40 di sekolah kepada sekolah agama: Dominic
August 27, 2023· Politik
Logo DAP pada cek sumbangan, Pemuda PN bidas tatakelola kerajaan PH-UMNO
August 24, 2023· Politik
Tiada unsur kempen dalam masjid, Fahmi beri penerangan isu The 1975: Polis
August 2, 2023· Politik
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
19 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
19 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023 · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
22 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok