
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dan kes sembuh di seluruh negara semalam, 21 Julai 2022.
Sebanyak 3,343 daripada 4,587 kes baharu semalam (Khamis, 21 Julai 2022), melibatkan individu yang menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, menurut laman sesawang Github Kementerian Kesihatan (KKM).
Selain itu sebanyak 838 kes lagi melibatkan individu yang menerima dua dos vaksin, diikuti 385 kes (individu yang tidak divaksinasi); dan 21 kes (individu yang menerima satu dos).
Jumlah jangkitan semalam menjadikan kumulatif positif sejak kes pertama Covid-19 dilaporkan di negara ini pada Januari 2020, meningkat kepada 4,640,235 kes.
Daripada jumlah itu, seramai 4,556,938 pesakit telah sembuh, termasuk 2,652 pesakit yang pulih semalam.
Sehingga semalam sebanyak 47,409 kes masih aktif, meningkat berbanding 45,484 kes pada Rabu, termasuk 45,856 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (43,858 pada Rabu).
Seramai 1,451 pesakit dirawat di hospital, turun berbanding 1,531 pesakit pada Rabu, manakala 63 pesakit lagi dimasukkan ke unit rawatan rapi (56 pada Rabu), dengan 32 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (35 pada Rabu). Selain itu seramai 39 lagi ditempatkan di PKRC.
Berikut adalah pecahan kes harian mengikut negeri dan kumulatif positif sejak Januari 2020:
Selangor – 1,399 (1,414,421);
Kuala Lumpur – 1,408 (393,455);
Johor – 130 (387,733);
Sabah – 267 (379,141);
Sarawak – 64 (309,031);
Kedah – 109 (303,186);
Pulau Pinang – 237 (288,606);
Kelantan – 57 (249,070);
Perak – 360 (212,299);
Negeri Sembilan – 285 (211,569);
Pahang – 41 (173,492);
Melaka – 100 (128,063);
Terengganu – 35 (127,098);
Putrajaya – 65 (23,559);
Labuan – 17 (21,706); dan
Perlis – 13 (17,806).
Sementara itu, KKM juga melaporkan seramai 10 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk lima daripadanya kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Kes kematian itu dilaporkan membabitkan empat di Selangor, dan masing-masing satu di Melaka, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sarawak dan Terengganu.
Kematian terbaharu semalam menjadikan kumulatif sejak Mac 2020 meningkat kepada 35,888 kes, termasuk 7,619 kes BID.