Dewan Rakyat: Kerajaan tidak bercadang mansuh tol

May 24, 2023 · Isu semasa

Setakat ini, tiada perancangan daripada pihak kerajaan untuk memansuhkan tol yang terdapat di seluruh negara.

Dalam jawapan di Dewan Rakyat, Menteri Kerja Raya Dato Seri Alexander Nanta Linggi berkata langkah memansuhkan tol akan memberi implikasi kewangan yang amat tinggi kerana kerajaan perlu mengambil alih syarikat konsesi lebuh raya.

Bagaimanapun beliau, berkata kerajaan bersedia mempertimbangkan semula cadangan berkenaan apabila keadaan kewangan dan fiskal negara mengizinkan kelak.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) minta Menteri Kerja Raya menyatakan strategi Kerajaan Madani untuk menghapuskan tol lebuh raya dan apakah usaha yang dijalankan ke arah itu.

Alexander turut menegaskan kerajaan sentiasa komited dan fokus kepada agenda untuk menangani kos kenaikan harga barang dan juga mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Berita berkaitan
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
4 jam lalu· Isu semasa
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
20 jam lalu· Politik
Bijak bezakan peranan parti politik dan kerajaan
21 jam lalu· Isu semasa
Puad pertahan kritikan terhadap Rafizi berhubung isu ‘formula’
June 7, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
June 8, 2023
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
June 8, 2023
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR
6 jam lalu · Isu semasa
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
7 jam lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
11 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
12 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
11 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok