Kontrak lanjutan JPJ bernilai RM23 juta berjaya diperoleh Heitech Padu

October 20, 2022 · Isu semasa

Dua kontrak lanjutan bernilai lebih RM23 juta berjaya diperoleh HeiTech Padu Bhd (HeiTech Padu) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kontrak lanjutan itu melibatkan perkhidmatan menyediakan penyelenggaraan dan sokongan teknikal bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sistem mySIKAP di semua pejabat JPJ seluruh negara.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia semalam, HeiTech Padu berkata dua kontrak itu bermula dari 1 Oktober 2022 hingga 31 Januari 2023.

Kontrak pertama adalah bagi penyelenggaraan dan sokongan teknikal infrastruktur ICT dan sistem mySIKAP di semua pejabat JPJ bernilai RM10.49 juta.

Ia adalah lanjutan kepada kontrak penyelenggaraan dan sokongan teknikal berjumlah RM36.25 juta yang diperolehnya tahun lepas untuk tempoh dari 6 September 2021 hingga 30 September 2022.

Kontrak kedua pula bernilai RM13.23 juta, ia adalah untuk penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan teknikal bagi perkakasan dan perisian sistem kerangka utama JPJ, ia adalah lanjutan daripada kontrak yang diterima syarikat itu pada 2020.

“Kedua-dua lanjutan kontrak tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dan 31 Disember 2023,” katanya.

Saham HeiTech Padu ditutup rendah pada RM0.65 semalam selepas dibuka pada RM0.66 dengan paras tertinggi harian pada RM0.69.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
4 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
9 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
9 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
19 jam lalu· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
14 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
55 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok