Pamer cukai jalan di cermin kereta persendirian tak perlu lagi, umum Menteri

February 10, 2023 · Isu semasa

Kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia tidak lagi perlu mempamerkan pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau lebih dikenali sebagai ‘roadtax’ di cermin kereta selepas ini.

Pengumuman penghapusan pelekat cukai jalan itu dibuat Menteri Pengangkutan Anthony Loke sebagai sebagai usaha ke arah langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya membabitkan LKM dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian.

“Mulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) danLMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Loke berkata peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan, tidak lagi akan dikuatkasakan.

Loke berkata inisiatif itu akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal.

“Saya mengalu-alukan semua pemandu dan pemilik kenderaan untuk beralih ke platform digital.

“Dengan pendigitalan, keadaan sesak dan beratur panjang di kaunter JPJ akan berkurangan dan ini akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan keselesaan rakyat,” katanya lagi.

Loke berkata orang awam digalakkan mendaftar akaun masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ [https://public.jpj.gov.my/] ataupun aplikasi mobile MyJPJ.

Bagaimanapun katanya, dalam tempoh pelaksanaan fasa pertama ini, beberapa kategori pemilik atau pemegang lesen kenderaan masih wajib mempamerkan LKM dan mengemukakan kad LMM.

Bagi kategori LLM, mereka ialah pemegang Lesen Belajar Memandu (LDL), pemegang Lesen Vokasional (PSV/GDL/KON), pemegang lesen memandu Malaysia bagi warganegara asing dan pemegang lesen memandu negara luar oleh pemandu warganegara asing (IDP).

Bagi kategori LKM pula membabitkan LKM persendirian syarikat, kenderaan pemilikan warganegara asing serta kenderaaan perdagangan meliputi kenderaaan barangan dan kenderaan perkhidmatan awam.

“Saya ingin menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan sentiasa dijalankan terhadap mana-mana pihak yang memandu kenderaan tanpa mempunyai LKM atau LMM yang sah selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 20(1), 90 (1) dan 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Berita berkaitan
Bekas ADUN DAP dilantik Speaker Selangor, tuntutan kepada UMNO ditunai
September 19, 2023· Politik
Loke boleh minta kawan UMNO yang pro-DAP buat referendum, cabar Isham
September 12, 2023· Politik
Pembebasan Zahid, DAP hanya minta Peguam Negara beri penjelasan: Loke
September 5, 2023· Politik
Khairy bidas DAP ’anjing suruhan’ selepas pendakwa minta hentikan kes Zahid
September 5, 2023· Politik
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
23 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
24 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok