Lantikan anak Shahrizat berdasarkan merit, kata Annuar Musa

December 8, 2021 · Isu semasa

Tan Sri Annuar Musa mempertahankan lantikan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh yang juga anak kepada bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata lantikan tersebut dibuat berdasarkan merit, malah mengalu-alukan pelantikan tersebut yang dibuat oleh Kementerian Kewangan.

“Pertama dari segi kelayakan jelas, beliau layak dan malah lebih layak.

“Saya nak jelaskan jawatan yang dilantik oleh Menteri Kewangan ini adalah jawatan bukan eksekutif, bermakna bukan duduk sepanjang masa di situ,” katanya di Dewan Rakyat.

Isu lantikan tersebut dibangkitkan Ahli Parlimen pembangkang Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) dan Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju).

Jelas Annuar lagi, Wan Izzana juga masih muda dan berpendidikan tinggi dengan kelayakan dari Universiti Harvard dan Imperial College Business School, malah “track record” dan pengalamannya sendiri.

“Saya merasakan kita perlu adil. Jika kami sebagai ibu bapa menghadapi masalah, kami tidak mahu anak kami diganggu, dia ada kelebihannya,” kata Annuar lagi.

Kasthuri mencelah dengan menyatakan bahawa Wan Izzana juga memegang jawatan dalam TalentCorp dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dan beliau mungkin tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya di MDEC.

Selain itu, Wan Izzana juga terpalit dengan kes mahkamah kerana merupakan defendan dalam tuntutan mahkamah yang dilancarkan kerajaan terhadap keluarganya untuk menuntut semula hutang RM253.6 juta daripada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Kes itu masih dalam perbicaraan dan dijangka disambung semula di mahkamah pada Januari.

Selain Wan Izzana, individu lain terlibat dalam saman itu termasuk ibu bapanya Shahrizat dan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, serta adik-beradiknya, Wan Shahinur Izran dan Wan Shahinur Izmir.

Wan Izzana  juga sudah disaman atas kapasitinya sebagai bekas Pengarah NFC.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Kerajaan dan NFCorp tak rayu keputusan Mahkamah Tinggi
November 23, 2023· Isu semasa
Zahid patut malu duduk di UMNO, hati di PKR-DAP : Annuar
August 7, 2023· Politik
Takut hilang sokongan, Asyraf kata UMNO tak pecat ahli sertai MN, PAS
August 5, 2023· Politik
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok