Takut hilang sokongan, Asyraf kata UMNO tak pecat ahli sertai MN, PAS

August 5, 2023 · Politik

UMNO tidak akan memecat mana-mana ahlinya yang disenaraikan bersama Muafakat Nasional (MN) dan PAS.

Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana ada antara mereka menafikan terlibat.

“Semalam kononnya disenaraikan ahli-ahli UMNO yang keluar parti. Hari ini seorang demi seorang buat penafian dan tidak tahu menahu nama mereka dimasukkan dalam senarai.

“Sebab itulah selaku Setiausaha Agong UMNO, saya telah mengarahkan ibu pejabat untuk tidak sewenangnya mengeluarkan nama mereka yang tersenarai dalam kenyataan media semalam daripada senarai keahlian UMNO sehinggalah disiasat dan diteliti agar tidak menzalimi mana-mana pihak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Malam tadi, kepimpinan jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh mengumumkan peletakan jawatan beramai-ramai dan keluar daripada UMNO berkuatkuasa serta merta.

Mereka juga menyatakan sokongan kepada PAS dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan.

Pengerusi MN, Tan Sri Annuar Musa berkata kepimpinan itu terdiri daripada Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Ketereh, Kamaruddin Said bersama Ketua Wanita UMNO Bahagian Ketereh, Sabariah Hamzah dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Afiq Amani Annuar.

Menurutnya, 18 lagi kepimpinan melibatkan setiausaha, ahli jawatankuasa (AJK) Wanita, ketua penerangan, AJK Pemuda dan pelbagai peringkat UMNO Bahagian Ketereh turut berbuat tindakan sama hari ini.

Dalam kenyataan sama, Asyraf berkata sudah menjadi lumrah ‘politik cara lama’ setiap kali menjelang pilihan raya maka akan ada pengisytiharan keluar parti atau masuk parti sebagai salah satu kaedah perang psikologi.

Berita berkaitan
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
2 jam lalu· Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
15 jam lalu· Politik
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023· Isu semasa
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kes Muhyiddin digugurkan, pendakwa gagal nyatakan butiran kesalahan dilakukan
August 15, 2023
Lagi Politik terkini
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
15 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
22 jam lalu · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023 · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok