Zahid patut malu duduk di UMNO, hati di PKR-DAP : Annuar

August 7, 2023 · Politik

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi patut merasa malu kerana duduk di dalam parti Melayu itu namun hatinya berada di PKR dan DAP.

Demikian kenyataan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa pada Ceramah Umum DUN Hulu Kelang, malam ini.

“Saya cuma tegur tapi orang tuduh saya broker. Orang kata saya setiausaha agung tapi hati saya ditempat lain. Walaupun tuduhan Zahid itu sangat menyakitkan hati saya, saya mengaku sebagai pejuang UMNO (sebelum ini), saya tidak niat nak bermusuh dengan PAS atau Bersatu sebab kita adalah parti-parti yang berpegang kepada dasar serta ideologi yang sama

“Salahkah di sudut hati saya ada rasa sayang kepada perjuangan PAS dan Bersatu di mana kita diikat oleh tali Allah iaitu Islam?

“Zahid Hamidi patut malu…dia tuduh saya duduk dalam UMNO tapi hati saya dalam PAS dan Bersatu. Dia patut malu, dia duduk dalam UMNO tapi hatinya dengan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan DAP,” katanya.

Sebelum ini, Zahid menyifatkan Annuar umpama ‘kaduk naik junjung’ apabila menafikan wujud cubaan mengharamkan UMNO pada 2018.

Timbalan Perdana Menteri itu menganggap Annuar ‘tidak tahu’ mengenai usaha mengharamkan UMNO kerana hatinya sudah ‘ke sebelah sana’ pada ketika itu, dipercayai merujuk pada PAS yang kini dianggotai Annuar.

Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu juga mengimbau ketika bertemu Muhyiddin untuk menyampaikan hasrat Zahid untuk menjadi TPM dan Menteri Dalam Negeri, bekas Perdana Menteri itu berterus terang untuk tidak melantik Pengerusi BN itu.

“Muhyiddin cakap dengan saya terus-terang, maaflah Annuar aku tak ada masalah siapa-siapa pun dalam UMNO untuk jadi TPM tapi aku tak boleh lantik Zahid sebagai TPM.

“Kemudian Zahid tandatangan surat untuk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin sedangkan dalam kerajaan itu UMNO sendiri berada di dalamnya.

“Nak jatuhkan Tan Sri Muhyiddin itu tak apalah, orang parti lain. Tapi orang sendiri pegang (jawatan PM) masih juga merancang nak menjatuhkan PM dan menteri-menteri dari parti sendiri Hanya kerana kita tak dapat nak jadi TPM.

“Lalu runding dengan Anwar, dijanjikan untuk menjadi TPM, maka berlakulah apa yang berlaku. (Datuk Seri) Ismail Sabri sebagai PM kena godak kiri dan kanan, akhrinya dipujuk jadi poster boy dengan niat yang sudah dipasang, mahu Mail Sabri bubar Parlimen cepat-cepat. Dijanjikan Mail Sabri akan kekal sebagai PM. Sepatutnya bulan tiga (Mac) kita nak bubar tapi bulan 11 (November) Mail Sabri dah bubarkan Parlimen,” katanya.

Untuk rekod, Zahid dilantik sebagai TPM oleh Perdana Menteri kerajaan hari ini walaupun sedang berdepan dengan 47 kes di mahkamah.

Berita berkaitan
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
21 minit lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok