KWSP mula bayar pengeluaran i-Citra pada 2 Ogos

July 23, 2021 · Isu semasa

Pembayaran i-Citra akan mula disalurkan secara secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021, kata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataan hari ini.

Amaun yang akan dikreditkan ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

“Bagi bayaran secara arahan bayaran, penerima akan menerima notis pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan arahan bayaran.

“Orang ramai boleh menyemak status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli) atau boleh menghubungi Hotline iCitra di 03 8922 4848 untuk sebarang pertanyaan,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Pada 28 Jun, kerajaan melalui KWSP memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra bagi meringankan beban kewangan ahli yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan ahli.

Menurutnya, pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

Berita berkaitan
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Tiada KWSP bersasar, Wan Saiful bidas kerajaan angkuh tak dengar rintihan rakyat
October 24, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok