KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?

March 30, 2023 · Isu semasa

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan pelik dengan sikap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih gagal memahami kesusahan rakyat dan mahu mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Katanya, ada pencarum yang terpaksa berjalan kaki beratus-ratus kilometer semata-mata untuk menarik perhatian mereka terhadap derita yang dihadapi.

“Saya sedih kerana kerajaan kayangan PH-UMNO tidak mengendahkan derita rakyat sehingga saudara Norazlan Ismail, seorang rakyat marhaen sanggup berjalan beratus kilometer untuk menarik perhatian kerajaan.

“Saya menyokong rayuan agar pengeluaran KWSP bersasar dibenarkan. Saya tidak faham kenapa PH-UMNO terus gagal memahami kesusahan rakyat marhaen dan amat antirakyat sehingga ada yang terpaksa tunjuk perasaan macam ni.

“Berjalan kaki ini adalah lambang betapa rakyat terdesak. Apa lagi PH-UMNO mahu?

“Hendak sampai ada yang bercerai-berai dan keluarga hancur sebab tak mampu hidup?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini (30 Mac 2023).

Bekas Ketua Penerangan Bersatu itu berkata beliau telah mengarahkan pegawainya mengenal pasti lokasi Norazlan bagi memastikan individu itu sihat dan selamat.

“Dan alhamdulillah saya juga telah berjaya dapatkan ruang untuk membolehkan rintihan beliau disampaikan terus ke Istana Negara apabila beliau sampai ke Kuala Lumpur nanti,” kata Wan Saiful.

Semalam, seorang pencarum dilaporkan sanggup berjalan kaki dari Tol Skudai menuju ke Istana Negara bagi membawa misi pengeluaran caruman KWSP.

Menurut pemandu teksi, Norazlan Ismail, 49, misi itu dilaksanakan supaya kepayahannya disedari pihak atasan kerajaan terutama Perdana Menteri dengan pengeluaran itu juga mungkin boleh selamatkan rumah tangga dan keluarganya.

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
5 jam lalu· Rencana
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
6 jam lalu· Isu semasa
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
7 jam lalu· Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
11 jam lalu· Politik
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
9 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
34 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok