KSU KKM tak arah ‘kenal pasti’ doktor sertai mogok 1 Julai

June 27, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menegaskan Ketua Setiausaha (KSU) KKM, Datuk Mohd Shafiq Abdullah tidak pernah mengeluarkan arahan kepada ketua jabatan untuk mengenal pasti pegawai perubatan kontrak yang tidak hadir bertugas pada 1 Julai nantu.

Menyifatkan mesej tular arahan KSU itu sebagai palsu, KKM dalam kenyataan malam ini sebaliknya menjelaskan bahawa arahan kepada pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mencakupi beberapa intisari penting lain.

“Mesej yang disebarkan yang mendakwa YBhg Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengarahkan ketua jabatan klinikal mengenal pasti pegawai perubatan kontrak yang tidak hadir bertugas pada 1 Julai 2021 adalah palsu,” katanya kenyataan itu.

KKM sebaliknya berkata Mohd Shafiq menjelaskan bahawa kementerian itu sentiasa berusaha bagi mendapatkan bilangan jawatan tetap yang memenuhi konsep ‘right sizing’.

Sehubungan itu, katanya beberapa rundingan telah diadakan antara pelbagai pihak termasuk Persatuan Perubatan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi mencari jalan penyelesaian.

KKM berkata , isu perbezaan gaji pegawai perubatan kontrak dan tetap telah pun diselaraskan dengan kelulusan Kabinet pada tahun 2020.

KKM juga telah mencadangkan kontrak jangka panjang untuk membolehkan pegawai kontrak dapat meneruskan program ijazah sarjana dan kesesuaian tajaan biasiswa.

“Kontrak pegawai perubatan masih disambung dan dalam masa yang sama perbincangan dengan JPA serta MOF masih berjalan,” katanya.

KKM berkata Mohd Shafiq juga meminta semua Pengarah JKN dan Pengarah Hospital memberi penerangan mengenai usaha-usaha yang telah dan sedang dilakukan KKM kepada pegawai perubatan agar mereka tidak menyertai hartal yang dibangkitkan kumpulan tertentu.

Sebelum ini, tanda pagar #HartalDoktorKontrak tular di aplikasi Twitter sebagai tanda sokongan terhadap nasib yang menimpa doktor kontrak.

Kempen tanda pagar berkenaan turut membuat gerakan supaya pegawai perubatan kontrak untuk melakukan mogok pada Khamis ini.

Berita berkaitan
Macau scam: Doktor rugi RM100,000 ditipu menyamar pegawai LHDN
June 18, 2023· Isu semasa
Lantikan tetap: Doktor kontrak tak yakin janji kerajaan PH-BN
April 6, 2023· Isu semasa
Kami teruskan mogok esok: Doktor
April 2, 2023· Isu semasa
Jangan hukum doktor kontrak terlibat mogok, PN gesa tubuh suruhanjaya kesihatan
April 2, 2023· Politik
Popular
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok